Connect with us

Hiburan

“Perangai Tokti sejak anak 2 ni lain macam ye, kelakar”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 57997a9b319ff7ccb5518b5e427c38b1

Siti Nursairah Tarudin merupakan adik kepada Siti Nurhaliza atau mesra di panggil Tokti. Siti Sairah sebelum ini pernah menyertai sebuah rancangan realiti di televisyen bersama kakaknya Siti Nursaida Tarudin.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Siti Sairah juga memiliki seorang anak perempuan yang sangat meminati bidang seni dan juga pernah menyertai rancangan realiti bintang kecil iaitu Umai.

Umai yang mewarisi bakat seni daripada keluarganya kini semakin membesar dan mula bergiat aktif dalam bidang nyanyian dengan memenuhi jemputan nyanyian.

World Wide24.com 372efe59172f6d29ec7903f8c2d865b4

Sempena perayaan Aidiladha baru baru ini, ramai selebriti yang mengambil peluang untuk mengadakan jamuan untuk meraikan para tetamu dan juga keluarga.

Menerusi satu perkongsian di media sosial Siti Sairah Tarudin di platform TikTok, beliau memuatnaik satu video yang memaparkan beliau menyambut Hari Raya Aidiladha bersama ahli keluarga di kediaman kakaknya Tokti.

World Wide24.com 28ac7aff4d7fcdb98b8cd976c6acd12d

Di dalam video yang berdurasi beberapa saat itu Siti Sairah menunjukkan juadah Roti Kerca yang di sajikan oleh Tokti buat tetamu yang berkunjung kerumahnya.

Menurut Siti Sairah, bukan senang untuk Tokti menyediakan juadah berkenaan untuk para tetamunya. Tokti juga sempat bergurau senda bersama tetamu dan adiknya itu mengenai tempahan bagi juadah berkenaan.

@sitinursairahtarudin

Roti Kerca By Siti Nurhaliza 🤣

♬ original sound – sitisairahtarudin – sitisairahtarudin

Bagaimanapun gelagat Tokti yang ketika itu cuba menjual juadah roti kercanya dengan mimik muka yang bersahaja seperti kebiasaan seorang penjaja makanan membuatkan Netizen terhibur melihatnya.

Paparan video berkenaan juga membuatkan Netizen tidak menyangka bahawa penyanyi tersohor itu pandai melawak dan “masuk air” ketika melayani tetamu dan adiknya.

World Wide24.com 1990a22be0413678544193fea7e676ab

Juadah roti kerca itu juga menarik perhatian netizen yang ingin tahu mengenai rasa dan asal usul menu istimewa kegemaran pelantun lagu Cindai itu.

Menurut perkongsian seorang individu, roti kerca merupakan lempeng yang digulung kemudiannya di p0t0ng secara serong.

Kongsi individu lain pula, resepi roti kerca itu merupakan resepi kepunyaan bekas isteri Datuk K iaitu Tengku Zawiyah dan kemudiannya diturunkan kepada Tokti.

World Wide24.com 37c1aaf4e32e54872d91c20769d3f51f

Sedapnya suara Tokti ni. Nak jual roti kerca satu Rm5 pun merdu. Kalau Tokti buka tempahan untuk menu Roti Kerca ni mesti ramai yang beli kan sebab nak rasa airtangan Tokti. Lagipun menu Roti Kerca ni bukan menu yang selalu jual di kedai kan.

Sumber: tiktok siti sairah tarudin

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!