Connect with us

Hiburan

“Payah nak jumpa ibu tiri mcm ni”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 1fc519bcfc8994d8f2d60eac9626fb0a

Ramai peminat yang suka melihat hubungan yang terjalin antara Fazeera yang merupakan isteri baru kepada pelakon Fizo Omar bersama anak perempuan Fizo dari perkahwinan terdahulu iaitu Wan Maryam atau lebih dikenali sebagai Che Yam dalam kalangan peminat. Cik Yam kelihatan sangat manja dan rapat dengan Fazeera. Che Yam memanggil Fazeera dengan panggilan Mommy.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Bukan senang nak cari seorang wanita yang boleh menerima anak bakal suami sebagai anak sendiri. Bertuah Fizo di pertemukan dengan wanita yang sangat penyayang macam Fazeera. Nampak Che Yam pun sayang sangat dengan Mommy baru dia.

World Wide24.com 1f4c6c35219c409f9e172ab325837e8e

Para peminat juga memuji sikap anak tunggal Fizo iaitu Che Yam yang sangat mesra dan pandai melayani semua orang dengan sangat baik. Bertuah sungguh Che Yam kerana menerima kasih sayang yang melimpah ruah daripada ibu dan ayah kandung serta Mommy barunya.

Buat Fizo pula, sebagai seorang bapa yang amat menyayangi anak perempuannya, siapa yang tidak berbunga hati apabila melihat anak perempuannya itu amat menyayangi Mommy barunya ibarat ibu kandungnya sendiri.

World Wide24.com 62b2de3d691c2aad66da9b220438ced6

Menerusi satu perkongsian Fazeera di Instagram, isteri Fizo Omar itu telah merakamkan beliau dan Cik Yam membuat trend terbaru iaitu “berlangg4r dengan ‘jodoh’.

Fazeera tidak membuat trend tersebut bersama Fizo namun sebaliknya memilih untuk melakukan trend berkenaan bersama Cik Yam sebagai simbolik bahawa beliau bertemu jodohnya bersama Cik Yam.

Mengintai ke ruangan komen, video yang di muatnaik oleh Fazeera itu mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikut akaun Instagram beliau.

Menurut segelintir individu, meskipun selama ini Fazeera memegang status sebagai ibu tiri kepada Cik Yam dan seringkali di bandingkan dengan orang lain namun layanan Fazeera terhadap Cik Yam menunjukkan bahawa kasih sayang beliau terhadap Cik Yam sangat ikhlas.

World Wide24.com D337975b8016cbce71e64d89a87d72d8

Layanan dan kasih sayang yang di curahkan oleh Fazeera terhadap Cik Yam juga berjaya membuktikan kepada netizen bahawa pandangan mereka terhadap ibu tiri yang sering berat sebelah adalah tidak betul.

Netizen juga menyukai sikap positif Fazeera dalam mengendalikan akaun media sosial beliau dan melayani soalan netizen mengenai kehidupan beliau bersama Fizo. Berikut di kongsikan komen komen netizen terhadap Fazeera.

World Wide24.com D05eb00d912484eeb38998d0eb70e4be

Netizen turut memuji Fizo kerana pandai menilai dan tidak salah dalam memilih Fazeera sebagai ibu tiri kepada anaknya Cik Yam. Netizen turut mengagumi Fazeera kerana memiliki hati yang baik dan sentiasa positif.

Sumber: ig fezyranesry

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!