Connect with us

Hiburan

“Dah lama kot dia dlm industri, mestila menitis air mata”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 1daae62d68951ea0a8099e0fd6fe3487

Pencalonan buat julung kalinya pelakon watak Barkoba iaitu Bell Ngasri dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bagi kategori Artis Komedi Popular bersama-sama Johan, Zizan, Syahmi Sazli dan Jaa Suzuran tahun ini telah mengundang perhatian warganet.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Pencalonan Bell Ngasri itu mula mendapat perhatian warganet memandangkan dia ‘selebriti senior’ yang tidak pernah memenangi mana-mana anugerah sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.

Siapa sangka pelakon yang di kenali ramai menerui watak Barkoba itu akhirnya berjaya meloloskan diri ke TOP 5 anugerah berkenaan setelah hampir tiga dekad berkecimpung dalam dunia seni.

World Wide24.com 38f14302b091b4f3b8366294de4f2e52

Bell Ngasri atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri berjaya menempatkan diri sebagai lima calon pemenang bagi anugerah Artis Komedi Popular, ABPBH yang ke-35 pada tahun ini bersama beberapa nama besar yang lain.

Ramai yang menzahirkan harapan mahu melihat Bell Ngasri meraih kemenangan bagi kategori Artis Komedi Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang bakal berlangsung malam ini.

World Wide24.com 33530f35d63cdd96681552aa7ad4ce1e

Bell mendapat sokongan padu daripada netizen menerusi tinjauan dalam media sosial. Pelbagai kempen juga di lakukan oleh peminat sebagai tanda sokongan terhadap Bell agar pelakon itu memenangi anugerah artis komedi popular pada tahun ini.

Malahan ramai yang menyatakan tindakan mereka memberikan sokongan melalui undian di laman web Berita Harian meskipun tidak pernah mengundi bagi sebarang pencalonan untuk Anugerah Bintang Popular pada tahun tahun sebelumnya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram rasmi radio era, stesen radio tersebut berkongsi beberapa sedutan video dan gambar sekitar majlis yang di anjurkan oleh mereka.

Majlis yang di namakan sebagai Malam Healing Era itu turut menjemput beberapa artis tempatan untuk membuat persembahan antaranya Nabila Razali, Amir Masdi dan Sarah Suhairi. Bell Ngasri turut di jemput untuk membuat penampilan istimewa di majlis berkenaan.

World Wide24.com A835e9b6db885e42610f2bd443916243

Di sebalik jemputan untuk membuat penampilan istimewa, stesen radio berkenaan sebenarnya telah menyampaikan Anugerah Khas Era buat Bell Ngasri.

Bell yang tersentuh dengan anugerah yang di terimanya itu telah menyampaikan ucapan penghargaan kepada stesen radio terbabit di atas  pengiktirafan tersebut.

World Wide24.com 44633cc33ea4e954f3ee202146c13cc5

Menerusi ruangan komen, rata- rata Netizen berkata mereka sebak mendengar ucapan penghargaan Bell di atas anugerah yang di terimanya itu.

Apatah lagi anugerah tersebut merupakan anugerah pertama yang di menangi oleh Bell sepanjang penglibatan beliau di dalam industri seni. Berikut di kongsikan komen komen netizen terhadap video tersebut.

World Wide24.com C31dd11b995aff54444b29fad304d891

Sehingga kini perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 17,421 tanda suka daripada netizen dan menerima hampir 188 komen yang menyokong dan bersetuju anugerah berkenaan di berikan kepada Bell Ngasri.

Netizen juga mendoakan kemenangan turut berpihak kepada Bell Ngasri dalam Anugerah Bintang Popular yang bakal berlangsung pada malam ini.

Sumber: ig era.je

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!