Hiburan
“Over la dia ni, 24jam ckp psl hal mengandung” – Netizen
Sejak akhir akhir ini, Fizo sering berkongsi mengenai keadaan kehamilan isteri dan keterujaan beliau untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga menerusi instagram. Terbaru, Fizo telah memuatnaik gambar beliau bersama rakan usahawan Madammu yang kini sedang sarat mengandung seperti isterinya. Setiap kali berkongsi hantaran berkenaan kehamilan isteri, pasti Fizo akan menyelitkan nota kaki mengenai perasaan teruja beliau sebagai bapa.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Bagaimanapun, perkongsian perkongsian berkenaan adakalanya mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Isteri Fizo iaitu Fazeera Nazri disahkan hamil anak kedua selepas lapan bulan melahirkan cahaya mata pertama mereka. Ketika itu, Fizo juga memberitahu kandungan isterinya itu sudahpun berusia lima bulan dan dia bakal menerima kehadiran anak yang ketiga.
Namun begitu, berita gembira yang di kongsikan oleh pelakon berkenaan mengundang kontr0versi apabila netizen menyatakan rasa bimbang dan berkongsi cerita sedih berkenaan ibu yang melahirkan anak dengan jarak umur yang sangat dekat.
Apatah lagi di dalam hantaran sebelum ini Fizo telah di tegur oleh netizen apabila berbangga dapat menimang dua orang cahaya mata dalam tempoh setahun malahan telah memasang keinginan untuk menambah lagi zuriat setelah kelahiran terbaru meskipun kini isterinya masih belum bersalin.
Walaupun Fizo mungkin hanya berseloroh mengenai hasrat berkenaan namun isu tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang mengasihani isterinya kerana badan seorang ibu yang baru bersalin memerluk4n rehat yang cukup sebelum kehamilan seterusnya.
Meskipun Fizo menyedari isterinya itu mempunyai pelbagai komitmen terhadap pelajaran dan kerjaya namun Fizo meluahkan rasa syukur dengan pengorbanan isterinya yang berlapang dada melalui fasa kehamilan selama 9 bulan. Difahamkan, Fazeera sedang melanjutkan pelajarannya untuk Ijazah Sarjana Muda dan bekerja pada masa yang sama.
Walaupun pelbagai reaksi daripada netizen yang di terima pelakon tersebut ketika itu, namun Fizo dan isterinya bersikap tenang dalam menghadapi apa jua kritikan kerana mereka lebih tahu untuk mengendalikan perihal keluarga sendiri.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengasihani isteri kepada pelakon tersebut yang perlu menjalani fasa kehamilan selama 9 bulan yang banyak cabarannya.
Netizen juga mengkritik cara Fizo yang kelihatan ‘over’ apabila sering kali berkongsi mengenai kehamilan isteri dan keterujaan menimang anak ketiga.
Namun begitu, terhadap juga netizen yang memuji wajah jelita isteri Fizo yang masih menawan meskipun sudah sarat menanti detik kelahiran pada bila bila masa. Berikut di kongsikan komen komen netizen terhadap hantaran Fizo.
Terdahulu, pendedahan Fizo mengenai kehamilan isterinya ketika kandungan isterinya mencecah 5 bulan sebelum ini mengundang reaksi kurang senang daripada netizen.
Menurut netizen, kehamilan dengan jarak yang terlalu rapat membah4yakan kesihatan ibu dan tidak boleh di jadikan contoh oleh masyarakat memandangkan Fizo seorang selebriti dan sentiasa di perhatikan oleh orang ramai.
Sumber: ig fizo omar
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen