Hiburan
“Nak tunjuk apa sebenarnya, tak tutup aurat dah satu” – Netizen
Semenjak mendirikan rumah tangga dengan anak kepada pasangan pengarah, Jinggo Azman dan aktres, Sheila Rusly, makin mendapat perhatian pula menantunya nan seorang ini. Gamaknya dek Sheila juga mempunyai peminat dan pengikut ramai di medsos, sudah tentu perihal anak menantu dirinya juga netizen nak tahu. Tak hairan apabila kelibat pelakon, Elisya Sandha juga meraih perhatian.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Tambahan pula sejak Elisya dan suaminya, Uzair Haqimy dikurniakan cahaya mata yang comel, Bunga Elhaq hampir setahun lalu, makin bertambah pengikut Elisya dan Sheila yang mahu mengikuti juga perkembangan si kecil itu.
Tak seperti sesetengah retis lain, Elisya pun nampaknya tak kedekut berkongsi perkembangan anaknya dengan acap memuatnaik di medsos macam hantarannya ini. Tumpang happy kita melihatnya. Cepat betul rasanya Bunga membesar.
Peminat pun rasa dekat dengan Elisya bila dia berkongsi tentang aktiviti dan perkembangan kerjaya seninya. Begitupun dah namanya netizen, nak-nak bila ada saja yang tak kena di mata, mesti ada saja yang berkata-kata.
Pada asalnya mungkin mahu berkongsi tentang dirinya dan Bunga yang sudah memasuki usia 11 bulan, lain pula yang menancap mata netizen. Bahagian pakaian Elisya yang menampakkan bawah lengannya jadi perhatian.
Mana taknya, bahagian itu agak luas didakwa memperlihatkan ‘sesuatu’ yang tak sepatutnya. Berduyun komen netizen mengingatkan Elisya agar lebih prihatin dengan keadaan dirinya sendiri sebelum memuatnaik sesuatu di media sosial.
“Nak tunjuk apa sebenarnya… x tutup aurat dh 1”, “Nasihat saya kpd yg berkenaan, sblm pos mana² pic tengok la dulu pic tu.. samada ok atau pun tidak sepatutnya..”, “Maaf, nampak bahagian x sepatutnya nampak.. ”.
“Kalau boleh delete la video ni. Malu sgt tgok. Takut Allah dulu… Dan berkawin byk perkara kena menjaga.”, “Allahuakbar nk tunjuk apa sebenarnya”, “Nampak buah d4da..hmm..knp xsensor sikit dik..msti org akn tgok ulang2..”.
Itu antara komen netizen. Tak kurang juga meminta agar ahli keluarga Elisya dapat menegur atau Sheila sendiri berbuat demikian kerana menyifatkan dirinya ketika memberi teguran pada orang lain agak boleh tahan pedas.
Apa pun bersangka baik dan doakan yang baik-baik saja. Barangkali Elisya, suami atau Sheila sendiri tak perasan. Kalau meninjau di ruangan komen hantaran Elisya itu, Sheila hanya meningg4lkan respons: ‘Mama dah rindu lahhhhh’.
Sumber : IG Elisya Sandha
Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen