Connect with us

Hiburan

“Sp nampak gadis tu mcm Lisa Surihani zaman zaman free hair dulu” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 3581e0f1dbd0b4effa0e6a448c1a372f

Sejak berpisah dengan isterinya Noor Nabila sekitar Julai 2020, pelakon Sharnaaz Ahmad sering di gossipkan dengan beberapa pelakon wanita. Malahan ada segelintir netizen yang mahukan pelakon yang mesra di panggil Mamu itu bersatu kembali dengan bekas isterinya. Namun begitu, memandangkan Noor Nabila kini berstatus isteri kepada Engku Emran, Sharnaaz menasihati netizen supaya tidak menulis komen yang bukan bukan dan menjaga sensitivity keluarga bekas isterinya itu.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Bagaimanapun baru baru ini Mamu mendedahkan bahawa beliau kini sedang mengenali seseorang namun malu untuk bercerita mengenai wanita tersebut.

Menurut Sharnaaz, selain faktor usia yang semakin meningkat, beliau juga bimbang untuk terlalu bercerita kisah peribadi kerana tidak mahu kisah cintanya berakhir seperti sebelum ini.

World Wide24.com D8825846b9ea8674056ef13b6fed1304

Pengalaman percintaan beliau yang lalu tidak berakhir dengan baik membuatkan dirinya gusar bercerita secara terbuka. Namun begitu, Sharnaaz berkata apabila hubungan berkenaan sudah benar benar sah, baharulah beliau akan kongsikan.

Selain daripada kisah percintaan yang terpuutus di tengah jalan, Sharnaaz juga pernah berdepan fasa kegagalan dalam rumah tangga.

Di sebabkan itu, Sharnaaz menjadi lebih berhati hati dengan perhubungan percintaan dan peribadi beliau.

World Wide24.com 5dd2b83b76d6b2fa4022bb6b473e2275

Sharnaaz juga mengharapkan wanita yang rapat dengan dirinya itu dapat memahami status beliau sebagai seorang duda yang mempunyai seorang anak lelaki dan wanita tersebut juga mampu menerima anak lelakinya Jebat Jayden dengan ikhlas.

Terdahulu, Sharnaaz berkata beliau enggan meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesiapa kerana setiap manusia ada kekurangan sendiri dan tidak sempurna. Malahan dirinya juga tidak sempurna.

World Wide24.com C302453d472b631e647b83c95a4724b0

Oleh itu proses mengenali hati budi amat penting buat dirinya memandangkan beliau masih mempunyai rasa takut hubungan tidak menjadi di sebabkan pengalaman yang di lalui sebelum ini.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Xtra, Sharnaaz menjadi sorotan media apabila hadir Malam Gala Filem Polis Evo bersama seorang wanita jelita.

Sebelum ini, Sharnaaz Ahmad sering kali didesak oleh netizen untuk mengetahui status sebenar dirinya ketika ini setelah beberapa kali dirinya di lihat rapat bersama seorang wanita jelita.

Sebelum ini, aktor kacak berstatus duda ni pernah menjadi tumpuan setelah menghadiri konsert Malam Bulan Bintang bersama seorang gadis jelita. Dapat dilihat, gadis tersebut duduk bersama Sharnaaz atau mesra dipanggil sebagai Mamu serta rakan selebriti yang lain.

Kehadiran Sharnaaz ke malam gala filem polis evo bersama wanita jelita tersebut seolah oleh telah menjawab persoalan netizen dan mendedahkan status dirinya sekaligus identiti wanita yang kini sedang rapat dengan beliau.

Difahamkan, wanita yang bernama Amelia Christie itu merupakan seorang pelakon baru yang berada di bawah satu pengurusan dengan Sharnaaz.

World Wide24.com 4d115c65fb46e37330b19aeea5b63aca

Menjengah keruangan komen, netizen memuji pakaian sopan yang di sarung oleh wanita tersebut malahan pakaian wanita tersebut juga kelihatan kemas berwarna hitam sedondon dengan Sharnaaz.

Ramai berpendapat, wajah wanita jelita itu seakan-akan mirip bekas isteri Sharnaaz iaitu Noor Nabila tetapi ada juga berpendapat, wajah Amelia itu mirip pelakon cantik Lisa Surihani ketika zaman muda dahulu.

World Wide24.com 9ec20625d2633449a6a84553be384a01

Untuk rekod, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun mereka berdua mengambil haluan masing masing pada 9 Julai 2020.

Hasil perkongsian hidup berdua Sharnaaz dan Nabila di kurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia 5 tahun.

Sumber: Instagram xtra_my

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!