Connect with us

Hiburan

“Nak buat bdah plastik kat Korea xblh duit tak cukup” – Azhan Rani

Published

on

9ED742C2 89E9 44C9 8E41 5E7715442639 Scaled

Jika masuk sahaja topik tentang pembed4han plastik pada wajah, pasti ramai yang sinonim bahawa perkara ini kebanyakannya berlaku dalam kalangan artis-artis di Korea. Pembed4han wajah di sana biasanya dilakukan bagi mencantikkan lagi struktur wajah yang sedia ada sebelum menjadi seorang artis. Tetapi tiada siapa yang sangka bahawa artis-artis di Malaysia juga ada yang melakukan pembed4han plastik ini.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Berkecimpung dalam industri hiburan sejak tahun 1994 lagi, pasti ramai yang sudah kenal benar dengan pelakon hebat bernama Azhan Abdul Rani ini. Terkenal dengan wataknya sebagai Ustaz Hamadi dalaam drama Nur, ramai yang masih ingat tentang bagaimana jahatnya Azhan Rani ketika membawakan watak ini.

IMG 7631

Kehebatan lakonan Azhan Rani dalam membawakan watak antagonis terutamanya dapat meraih emosi para peminat drama tempatan ketika melihatnya. Sebagai bukti, bakat hebatnya itu telah berjaya mendapatkan anugerah antagonis pilihan dalam Anugerah Festival Kuala Lumpur pada tahun 2019 yang lalu.

Dahulu, rambutnya yang berwarna perang penah menjadi perhatian dan tular di media sosial apabila netizen rata-rata mengatakan bahawa imej tersebut tidak sesuai dengan wajahnya. Selepas itu, dia kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa dia juga tidak mempunyai keinginan untuk berimej sedemikian melainkan atas paksaan dan tugas kerja sebagai seorang pelakon.

IMG 7630

Berbeza dengan gossip dahulu, kini Azhan Rani mula mendapat perhatian sekali lagi apabila dia dikatakan telah membuat satu pembed4han plastik pada wajahnya akibat dari posting terbaru yang dimuatnaik olehnya.

Kunjungannya ke sebuah pusat kecantikan yang terletak di Ampang itu hanya bertujuan bagi melakukan rawatan muka biasa sahaja dan bukan untuk merubah wajah apatah lagi melakukan pembed4han plstik.

IMG 7628

Bukan sahaja netizen dan peminat, rakan artis seperti Shamsul Ghau Ghau dan Amyza Aznan juga tidak melepaskan peluang bagi membahan Azhan Rani yang merupakan sahabat baik mereka.

IMG 7627

Terkejut dengan gambar dan kapsyen yang dibuat oleh Azhan Rani, ingatkan memang betul dia dah buat pembed4han plastik. Kekurangan dan kelebihan dalam diri haruslah disyukuri, kalau boleh tak perlulah sehingga nak buat pembed4han plastik kan. Tapi memang semakin kacak nampak Azhan Rani lepas buat perawatan muka.

Sumber: Instagram Azhan Rani

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!