Connect with us

Hiburan

“Naik seraam tokti sbb yg nyanyi tu dh naik antu. Dh duduk2”- Netizen

Published

on

Bb Ink

Penangan Konsert Music of the Soul yang di anjurkan oleh Tokti tahun lalu sehingga kini masih lagi berbekas di hati para peminat yang begitu terhibur dengan gelagat dan persembahan nyanyian yang berkualiti daripada Tokti. Buat para peminat yang menghadiri konsert berkenaan pasti tidak dapat melupakan kenangan manis beramah mesra bersama penyanyi kesayangan mereka.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Terkini, pihak pengurusan saluran televisyen swasta terkenal Malaysia membawakan berita baik kepada para peminat Tokti apabila akan membawakan konsert Music Of The Soul An Evening with Dato’ Sri Siti Nurhaliza di kaca televisyen di mana konsert tersebut akan ditayangkan di saluran Astro First.

Ctdk 9

Untuk pengetahuan umum, konsert tersebut sebenarnya telah diadakan pada 5 dan 6 November 2022 tahun lalu. Konsert berkenaan bertempat di Plenary Hall, KLCC.

Tujuan Tokti menganjurkan konsert tersebut adalah bagi meneruskan misi bantuan kemanusiaan di samping mengubat rindu para peminat yang sudah lama ingin menyaksikan Tokti beraksi di atas pentas.

Sebelum ini, penganjurkan konsert tidak di benarkan di sebabkan kekangan wabak C0vid19. Tahun lalu Tokti berpeluang untuk mengajurkan konsert tersebut untuk bertemu para peminat beliau. Penganjuran konsert tersebut juga adalah dengan kerjasama Yayasan Nur Jiwa yang merupakan sebuah badan amal.

Ctdk 13

Pada konsert tersebut, Tok Ti telah mendendangkan lebih 20 lagu antaranya Siapa Tak Mahu, Diari Hatimu, Anta Permana, medley Kuasa Cintamu, Bukan Cinta Biasa, Lebih Indah, Aku Bidadari Syurgamu, Kau Kek4sihku, lagu duet bersama Awie iaitu Ratuku dan banyak lagi.

Katanya sampai ada 4 segmen kesemuanya untuk tempoh selama 2 jam. Dengar lagu Siti Nurhaliza memang tak puas dan sedap didengar serta tidak membosankan dengan suara yang didendangkan.

Di sebabkan itulah bagi yang tidak berkesempatan untuk datang konsert sebelum ini, pihak Astro membuka peluang langganan menerusi kaca televisyen.

Menerusi perkongsian di instagram astro gempak, satu sedutan rakaman daripada konsert berkenaan telah di kongsikan sebagai salah satu promosi tayangan konsert tersebut di saluran Astro.

Ketika Tokti sedang melayani para peminat beliau dengan mesra, salah seorang peminat bangun untuk menunjukkan bakat nyanyian kepada penyanyi kesayangannya itu.

Peminat berkenaan bangun dengan yakin untuk menyanyikan lagu Jerat Percintaan yang menjadi lagu pengenalan Tokti dalam industri seni hiburan. Dengan penuh keyakinan dan emosi peminat lelaki tersebut menyanyikan lagu Jerat Percintaan di hadapan Tokti sehingga membuatkan Tokti terhibur.

Ctdk 14

Nyanyian peminat lelaki tersebut yang penuh emosi di akhiri dengan tepukan gemuruh dan sorakan para penonton. Sekali imbas, ramai yang menyangka peminat lelaki tersebut adalah Kelly Azman yang merupakan seorang pemp3ngaruh media sosial.

Namun begitu, buat para peminat yang mengikuti perjalanan seni Tokti sudah mengenali peminat berkenaan yang merupakan peminat setia Tokti. Di mana pun Tokti menganjurkan konsert pasti beliau hadir memberikan sokongan.

Tokti juga sempat mengusik peminat tersebut meminta pemain piano untuk mencari ‘key’nyanyian yang betul semasa mengiringi nyanyian peminatnya itu. Berikut di kongsikan komen para netizen di ruangan komen.

D90CDFAA 1433 4A07 A4E2 5C80CAEDB0B9

Sudah bertahun Tokti dalam industri hiburan. Tokti begitu di sayangi oleh para peminat beliau sejak daripada dulu sehingga kini kerana keperibadian penyanyi tersebut yang begitu di senangi para peminat. Peminat beliau juga kian bertambah tahun demi tahun membuatkan nama Tokti masih kekal relevan sehingga kini.

Sumber: ig astro gempak

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!