Connect with us

WOW

“Muka Konfiden tak hengat sblm Jatuh” – Netizen

Published

on

Erinsakura 5e61cdfba8576c14f541e4eb5257794f

Dalam hidup ini, pasti ada perkara yang memang tiada siapa akan jangkakan ia akan berlaku. Itulah orang tua kata, kita sebagai manusia hanya mampu merancang sahaja dan yang menentukan adalah Yang Maha Esa. Jikalau sesuatu perkara itu berlaku, sama ada baik atau buruk, suka atau duka, kita sebagai hamba Allah harus redha menerimanya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Begitu juga dengan perkara yang tak diingini berlaku seperti terjatuh. Dayah Bakar, seorang yang aktif mengacara rancangan televisyen Borak Kopitiam dan seorang yang sangat ‘happy-go-lucky’ dan ceria.

Erinsakura F37faa73b9566dfb435d74bad5c4d0f4

Baru-baru ini, beliau berkongsi momen beliau sedang dalam penggambaran bersama penyanyi comel, Heliza.

Dilihat di dalam video berkenaan, Dayah dan Heliza sedang mencuba menaiki papan luncur. Ketika mencuba untuk membuat aksi, Dayah tersungkur jatuh kedepan.

Netizen berasa kasihan namun masih terhibur melihat Dayah terjatuh. Ada juga yang perhatikan reaksi Dayah yang sangat yakin untuk membuat aksi papan luncur itu sebelum terjatuh dr papan luncur itu.

Erinsakura 25f0268d0539addefffc78b470479787

Ada juga yang risau melihat keadaan Dayah selepas jatuh kerana selepas terjatuh, Dayah tidak bangun terus sejurus selepas jatuh. Beliau kekal rebah di lantai sehingga Heliza membantu mengangkatnya. Ada juga netizen yang terhibur sangat sehingga menonton video tersebut berulang kali.

Erinsakura 829ae16dee739d001c046c78ee8f1a9c

Apa-apa pun, Dayah kenalah berhati-hati yaa selepas ini. Sesiapa pun, walau dimana anda berada, atau apa sahaja anda lakukan, lakukan dengan berhati-hati.

Sumber : ig dayahbakar

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!