Hiburan
“Menjemput nistaan dan murka Allah je ni Kri oiii”- Bonda Rozita
Dah dinasihat pun ‘tak jalan’ nampaknya ibu kepada usahawan sensasi ini menggunakan cara lebih keras dengan berterus terang untuk menasihati anaknya yang semakin galak mempromosikan lagu terbaharunya yang dikhabarkan tinggal beberapa hari lagi. Selain Bonda Rozita Ibrahim, apa yang dikesalkan netizen ialah lagu raya dikatakan bertajuk ‘Kelepuk Raya’ oleh anaknya, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman itu dipromosikan menggunakan model penari latar yang seperti ‘dua alam’. Biarpun hanya berkongsi cebisan teaser lagunya itu di Instagram nya, ia agak mengundang kecaman netizen.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Masakan tidak, berperwatakan ala lelaki lmbut, pakai pula kalungan di leher, dengan muka bermekap, ramai merasakan imej sedemikian tak sesuai untuk Hari Raya. Ramai meluahkan di kala menjelang Hari Raya yang mulia beliau patut membawa konsep keMelayuan yang penuh kesopanan dan kesusilaan.
Melihat hantaran Aliff, seperti sebelum ini, teaser lagunya kali ini memperlihatkan penari lelaki iringannya memakai singlet, mengenakan pula songkok dan agak jelek apabila menari pula dengan gaya menggeletis macam sotong. Yang perempuan pula berpakaian lelaki. Itulah yang dikcam netizen.
Sehinggakan ibunya sendiri memberikan respons di ruangan komen Aliff bahawa merasa geli melihat penari lelaki yang dikatakan tersembul ‘menik’ seperti tak memakai seluar dalam. Bonda Rozita turut mempersoalkan apa yang ingin ditunjukkan sebegitu.
Menyifatkan jika lelaki ‘gemulai’ (lembut) boleh membuatkan dirinya rasa nak keluar muntah hijau, kata Bonda Rozita lagi perkongsian hantaran Aliff itu boleh mengundang nistaan dan murka Allah. Berikut pula antara komen.
“Betul Bonda, ini kitaa panggil promosi t4hi”, “Lagu kalau tak sedap sekalipun takpe, tp jgn sampai memaluukan agama. Nak sambut Raya..tapi penari dgn pakaian mcm tu”.
Ramai juga nampaknya yang menyokong dan bersetuju dengan Bonda Rozita. Dalam pada itu, meninjau perkongsian Bonda Rozita di IG nya yang turut menempelak promosi lagu raya anaknya itu, ia dibalas pula oleh Aliff di ruangan komen.
Ramai tak tahu sama ada mereka berdua serius atau main-main, begitupun ada pula yang rasa terhibur dengan perdebatan dua beranak ini dek teaser video lagu raya itu. Tak kurang juga netizen yang tegas menasihati Aliff agar mendengar saja nasihat ibunya.
“Saya tak faham mak…apa salah saya??? Plz lah mak, professional skit. Ni semua art”, itu coret Aliff. Huh… Seni katanya. “Art taik anj1ng ko lah” balas Rozita pula. Marah betul bunyi balasan Bonda Rozita itu. Tapi pelik Aliff seakan buat tak faham pula.
Ramai juga menegur Aliff tak perlu berlebihan pun… gayanya seorang saja dah berjaya menarik perhatian netizen. Apa pun selamat maju jaya buat lagu Raya terbaharu ini. Sekali dengar macam menghiburkan, tapi tulah… Marketing gaya gitu pula. Adeh…
Sumber: IG Datuk Seri Aliff Syukri
Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen