Hiburan
“Mask kat kepala tu win kak”- Netizen

Sharifah Shahira atau lebih di kenali sebagai Shiera Ijoy merupakan seorang pelakon dan penyampai radio. Sharifah Sakinah merupakan adik kepada Sharifah Shahira. Keperibadian diri beliau yang lucu, sangat peramah serta mesra membuatkan dirinya cukup di senangi oleh para peminat. Shiera yang kini merupakan penyampai radio Suria FM dan masih lagi aktif dengan aktiviti seni.
Beliau juga turut aktif di media sosial dan menjadikan platform berkenaan untuk beliau berkongsi apa sahaja rutin harian bersama peminat. Tidak ketinggalan beliau turut melakukan beberapa promosi produk mengikut permintaan para pelanggannya.
Untuk rekod, Sharifah Shahira mendirikan rumahtangga kali kedua bersama pelakon Ijoy Azahari yang juga merupakan anak kepada pelakon Maria Arshad.
Mereka berdua berkenalan ketika sama-sama membintangi drama Mat Despatch dan dikurniakan 4 orang anak. Tallisya merupakan anak perkahwinan pertama beliau bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone iaitu Jatt.
Walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai penyampai radio Suria FM, namun Shiera juga banyak mendapat beberapa produk untuk di promosikan di Instagram beliau.
Menerusi satu perkongsian terkini di Instagram Shiera, satu video yang memaparkan beliau dan dua orang anak perempuannya telah di muat naik. Sempena sekolah yang bakal di buka tidak lama lagi, Shiera membuat promosi produk baju sekolah untuk satu jenama yang menjual barangan persekolahan.
Untuk membantu Shiera membuat promosi produk dengan berkesan, Shiera meminta pertolongan dua orang anak perempuannya untuk menyarung baju sekolah yang di berikan oleh jenama berkenaan.
Namun begitu, gelagat melucukan Shiera tidak pernah mengecewakan. Di dalam video berkenaan Shiera di lihat memakai pelitup muka di dahi.
Melayankan gelagat anak- anak yang di paksa untuk membantu ibu mereka mempromosikan produk barangan sekolah, mungkin Shiera terlupa untuk menanggalkan pelitup muka berkenaan terlebih dahulu.
Menjengah keruangan komen, gelagat Shiera dan anak- anaknya itu mencuit hati netizen. Netizen memuji kecantikan kedua- dua orang anak perempuan Sheira yang sudahpun meningkat remaja.
Meskipun anak- anak dara Shiera itu menunjukkan wajah yang agak kelat kerana ‘terpaksa’ mengikut permintaan ibu mereka namun sikap terbuka anak- anak Shiera yang menurut dan melayani ibu mereka itu tetap menerima pujian netizen.
Ramai juga yang perasan wajah dua orang anak dara Shiera itu masing- masing salah seorangnya mengikut wajah bapa dan ibu mereka. Wajah Aira di katakan seperti Ijoy versi perempuan manakala Oddah pula mewarisi wajah Shiera.
Sumber: ig shieraijoy
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan
-
Hiburan2 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan3 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum3 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan6 months ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan2 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan2 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen
-
Hiburan3 weeks ago
“Weyh sian budak tu dah excited ingatkan dia menang, last2 kena malu gitu je” – Netizen
-
Hiburan2 years ago
“Kesian minah dia tkut xde sape peduli, makin tkutkan dia” – Netizen