Connect with us

Hiburan

“Mantap Kak Bella, ni JPJ tengok ni tersedak haha, steady je dia bawa” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 8aa13473b38d12e57330431e40e9df14

Nampak lemah lembut dan seperti ‘perempuan Melayu terakhir’ siapa sangka dalamannya keras dan kental. Masakan tidak, tak semua wanita bahkan juga ramai lelaki takkan mampu melakukan apa dibuat penyanyi dan pelakon wanita nan seorang ini. Siapa sangka, Nabila Razali mampu melepasi halangan merentasi titian kecil selebar kira-kira satu tapak kaki dewasa ini.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Di sebelah bawah titi kecil itu pula adalah arus sungai yang boleh tahan lebarnya. Silap percaturan memang boleh menjun4m ke sungai tu dibuatnya.

World Wide24.com Bc1b8db6c8982f16e80372ec30914e0b

Bagaimanapun ramai tak sangka penyanyi kecil molek baharu mendirikan rumah tangga 18 November lalu itu berjaya melepasinya. Netizen yang menengok pulak rasa seriau.

Agak mencuit hati semasa menyahut cabaran tersebut dalam Pesta Bola Ngoca Kuala Pilah Era, pengunjung lokasi bersorak ‘Bella… bella.. pengantin baru…’ memberikan semangat buatnya.

World Wide24.com 205adb9f64bb0d473487b203445f7218

Meskipun wajah tersenyum dalam cuak, berjaya juga wanita popular dengan lagu ‘Katakan Saja’ dan ‘Cemburu’ serta ‘Pematah Hati’ ini melepasi ujian getir tersebut. Ramai jualah yang kagum…

“mantap ah ko kak Bella. Ni JPJ tngok ni tersedak hahahaha steady je dia bawa”, “Lulus titi jpj ni gaya ni”, “power. Kalau aku dah jatvh dah ni hahahaha”, “ Power p4ndai imbang”.

World Wide24.com Dec48a86c07cea62c0433c607080fac8

“Frust abg2 yg tggu dlm air”, “Balancing sgt2 terbaik.. Tahniah”, “Bapak terror weh, mcm lalu titi test jpj tapi lagi jauh”, “Kita pulak berdebor. P4ndai nabila. Seronok tgk sukaneka mcm ni.”

Itu antara komen netizen. Ada juga netizen mengiyakan bagaimana Nabila atau mesra dipanggil Bella ni tak handal, dah dia sebelum ini pun adalah seorang pelumba.

World Wide24.com 4cb9f9acf1e5071d06689ad3503b04c8

Jangan tak tahu yang Nabila memang dah biasa berlumba dalam Toyota Gazoo Racing Malaysia (TGR Racer). Setakat lumba sukan kampung apa ada hal kan…

Apa pun memang terbaik Nabila. Dah biasa uji adrenalin biarpun dia mengaku berdebar juga nak merentas titi kecil itu dengan basikal. Ramai setuju diri sendiri pun belum tentu boleh buat macam tu..

World Wide24.com 295276b08c2f2632f3276321dc94faa5

Sumber: era.jer

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!