Connect with us

Hiburan

“Mama dan Mak Iti takot gayat ke tu” – Tya Arifin

Published

on

World Wide24.com 5b87373c888185c234d6c6d0daef722b

Kalau dah mak-mak berjumpa pasti ada sahaja aktiviti bersama yang akan dilakukan. Apatah lagi jika sudah ‘sekepala’. ‘Benda’ yang kadang tak terfikir dek akal hendak dibuat pun boleh dilakukan bersama.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Itu yang dapat dilihat pada isteri ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Dato K iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama bekas isterinya, Tengku Zawyah.

Sudah semestinya kini sudah menjadi rakan karib atau BFF, TokTi dilihat menaiki kereta kabel bersama Tengku Zawyah. Rileks betul kedua wanita anggun dalam kelas tersendiri itu.

World Wide24.com 50f175b61339047bdf14a164cf815c2a

Begitu pun ramai pulak yang perasan dan menebak melalui reaksi wajah mereka ketika menaiki kend3raan tersebut yang dikongsikan menantu mereka, selebriti, Tya Ariffin. Tya sendiri menduga mereka gayat.

Ada yang kata mereka tampak cuak, ada pula yang melihat keduanya cool saja. Apa taknya, nampak boleh tahan tinggi juga kabel tu bila dah menaik dan dikelilingi kehijauan.

World Wide24.com 00364bcc16b01713a54e53e116c4763c

“Mak Iti tak tkut tau.. MakIti pernah terbang dari bumbung stadium ke pentas tauuu”, “Ya Allah kak Tya comelnya mak-mak tu berdua”, “Dua ii comel sangat”, “Mencabar sis..”.

@tyaarifinnw

Alahai comelnya mama & mak iti hihi..takut gayat ke tu🤭🙈 #fyp #ctdk #tyaarifin #penangwaterpark #sitinurhaliza

♬ Pretty (Sped Up) – MEYY

“Ni baru betul berdamai dengan takdir, “Dalam hati.. (bila nk sampai ni)”, “ Mama tu tegak je.. tak toleh kiri-kanan pun. Gayat tu macam sy”, “TokTi gayat ke tu?”, “Alahai comelnya diorg.. nmpk rilex je”.

World Wide24.com 834a714f1b9ad585ad4046487a1a6789

Itu antara komen netizen. Ramai tumpang gembira melihat keakraban mereka berdua. Sudah pastinya mereka berbaikpun salah satunya demi anak-anak bukan…

Biarpun anak-anak Dato’ K dan Tengku Zawyah sudah besar dan mendirikan rumah tangga, hubungan mereka kini semakin baik pula. Ya lah… anak menantu mereka pun anak menantu TokTi juga.

World Wide24.com 4a20017ea13ee2285deacacc99ea0042

Tengku Zawyah ialah isteri pertama Dato K sebelum pasangan ini berpisah pada 2004. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata yang kesemuanya lelaki.

Sementara itu, Dato K dan TokTi mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006. Semenjak TokTi dikurniakan anak pertama, Siti Aafiyah dikhabarkan hubungan Tengku Zawyah dan TokTi semakin erat.

World Wide24.com E8a5d9a7ba315be5a3e30704f73120ac

Sumber: TikTok Tya Ariffin

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!