Connect with us

Hiburan

“Kena in love sangat2, macam kita orang in love” – Jebat Jayden

Published

on

World Wide24.com B1540ea76edbe7a64c44adebd41097ac

Hubungan professional yang di tunjukkan oleh pelakon Sharnaaz dan bekas isterinya Noor Nabila sudah sekian lama menjadi inspirasi kepada masyarakat di luar sana dan pasangan ini juga telah membuktikan bahawa meskipun mereka berdua sudahpun membawa haluan masing- masing dan tidak lagi bergelar suami isteri namun hubungan baik sebagai sahabat boleh terjalin demi kebaikan anak.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Keakraban hubungan Sharnaaz dan bekas isterinya Nabila menjadi perhatian netizen kerana mereka berdua masih mampu berkawan dengan baik walaupun telah berpisah.

World Wide24.com 1920784f1b0014634f6104df4d3319ed

Baru- baru ini menerusi iklan produk kambing perap jenama Pak Mat Western, Nabila dan kkasih hati Sharnaaz iaitu Amelia Christie di lihat mesra merakamkan babak iklan bagi mempromosikan produk kambing perap berkenaan bersama Jebat Jayden.

Malahan pelakon tersebut juga menarik perhatian netizen apabila berkongsi beberapa gambar dan video di media sosial memaparkan aktiviti beliau meluangkan masa bercuti ke Tokyo Jepun bersama bekas isterinya Nabila, Jebat Jayden dan juga pelakon yang merupakan kkasih hatinya Amelia Christie.

World Wide24.com 992468c9c37351dfa99aa9b0239c8eea

Menerusi satu perkongsian di Instagram dunia resepi, satu video yang memaparkan sedutan daripada sesi siaran langsung Amelia Christie di Tiktok telah di kongsikan kembali oleh peminat berkenaan.

Di dalam sesi siaran langsung berkenaan, Amelia mempromosikan produk serum rambut beliau dan berkongsikan kebaikan dan manfaat apabila para pembeli menggunakan serum rambut tersebut. Kata Amelia lagi, para pembeli pastinya akan menyukai serum rambut tersebut.

Jebat Jayden yang menemani Amelia sewaktu sesi siaran langsung itu kemudiannya menyamakan kata- kata yang di sebut oleh Amelia itu dengan dirinya yang menyukai bakal ibu tirinya.

Kata- kata spontan daripada Jebat membuatkan Amelia tertawa kerana terhibur dengan gelagat Jebat.

Jebat yang sangat petah bercakap membuatkan para peminat yang sedang menonton sesi siaran langsung berkenaan juga terhibur mendengar perbualan Jebat dan Amelia. Gelagat Jebat sangat mencuit hati dan perbualan kanak- kanak tersebut bersama Amelia juga membuatkan netizen geli hati.

World Wide24.com F190b6e86110c4e742cf33681a571030

Menjengah ke ruangan komen pula, para netizen mengingatkan Jebat terhadap anak perempuan kepada pelakon Puteri Sarah iaitu Sumayyah kerana di dalam iklan promosi produk kambing perap Pak Mat Western sebelum ini Jebat dan Sumayyah di gandingkan bersama.

Netizen juga terhibur dengan gelagat Jebat yang cuba mengayat Sumayyah di dalam video iklan berkenaan. Namun ‘merestui’ sekiranya Jebat dan Sumayyah ‘di jodohkan’.

Di sebabkan itu, netizen mengingatkan Jebat supaya tidak lupa kepada Sumayyah. Berikut di kongsikan komen- komen netizen terhadap video tersebut.

World Wide24.com 6a41c0aa5792c294ea62a115e70eaa25

Sementara itu, antara komen lain yang di tulis netizen adalah mereka merasakan wajah Jebat dan Amelia hampir seiras dan seperti hubungan mereka berdua seperti adik beradik.

Gelagat Jebat di dalam video tersebut juga membuatkan netizen semakin geram dengan kecomelan kanak- kanak tersebut.

Sumber: ig dunia resepi

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!