Connect with us

Hiburan

“Make up tu lagi simple lagi cantik, bila terlalu tebal hiilang kecantikan aslinya, seri pengantin tu tak nampak” – Netizen

Published

on

Pada hari istimewa sudah tentulah lazimnya kita mahu menampakkan kelainan dan sesuatu yang lebih daripada biasa bagi mengabadikan momen yang ada. Sama jua seperti bakal pengantin baharu, Watie Hanifiah ini ketika majlis khatam al-Quran dirinya dengan pelawak, Shuib hari ini. Memang nampak lain daripada biasa sungguh wajah Watie hasil sentuhan mekap.

Ya lah… orang cantik biasanya buat apa pun akan tampak cantik. Sekali pandang kelihatan agak ‘naiklah’ juga seri wajah Watie hasil seni mak andamnya. Pun begitu, tak kurang pula netizen merasakan sebaliknya.

Sudah namanya majlis khatam al-Quran, ada berasakan sewajarnya Watie dimekapkan lebih neutral dengan busana yang lebih sesuai. Ramai pula merasakan solekan dikenakan bakal suri hati Shuib itu juga terlalu tebal.

“Make up tu lagi simple lagi cantik, bila terlalu tebal hi1ang kecantikan aslinya, seri pengantin tu tak nampak”,”Khatam al quran pun nak tunjuk dada, tak letih ke asyik tunjuk dada?”.

“Ni kan majlis khatam quran. X yah mekap, bagi muka natural, bersih air wudhu.. Dan paling penting, horm4ti majlis dgn pakaian yg menutup aurat… “, “Khatam quran kot, mekap ye 1 hal.. tudung lg 1 hal. alahai xkan semua nak kena bgtau.. sensitif la sikit.. ”

Itu antara komen netizen. Kesian juga kat Watie ya… semua netizen nak ambil kisah. Yang pasti sudah tentulah kerana sayang kerana 4rwah isteri Shuib, Siti Sarah dulupun ramai yang sayang.

Tak mengapalah… ‘pelan-pelan’ kayuh. Siapa tahu nanti Shuib dapat bimbing Watie sama seperti 4rwah Siti Sarah atau lebih baik lagi. Netizen doakan saja yang baik-baik sudahlah kan…

Shuib sudah selamat bertunang dengan Watie pada Sabtu, 6 May baru-baru ini. Mereka dijangkakan akan diijabkabul pada 23 Jun ini. Wah… sedang menungguh saat berbahagia tinggal beberapa hari saja lagi.

Terdahulu, Watie dikenali sebagai seorang usahawan produk perniagaan. Dia kian dikenali di media sosial kerana sering berkongsi kepada masyarakat tentang produk jualannya.

Shuib mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada 27 Februari 2011 sebelum 4rwah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sumber : IG Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!