Connect with us

Hiburan

“Mak saya cakap, why not ada wife lain utk jaga anak anak”- Edika

Published

on

World Wide24.com 50cb04439c3aa8b89b7bc9766a3f679e

Tular beberapa hari ini isu mengenai poligami apabila seorang pempeng4ruh media sosial telah memuatnaik satu video mengenai kepuutusan beliau untuk berkahwin lagi. Meskipun perkahwinan kedua lelaki tersebut mendapat restu isteri pertamanya namun apabila pempeng4ruh media sosial berkenaan berkongsi video tersebut di platform media sosial, video tersebut di penuhi k3caman daripada para netizen.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Netizen juga tidak bersetuju dengan alasan yang di berikan oleh pempeng4ruh tersebut yang mahu berkahwin dua kerana masih belum di kurniakan zuriat bersama isteri pertamanya.

World Wide24.com Ed73fe958945799779aa4d68d4f7ce34

Kisah perkahwinan pempeng4ruh media sosial yang sedang tular itu secara tidak langsung membuatkan nama pelakon kacak Edika Yusof pula kembali menjadi bualan warganet di media sosial.

Semuanya kerana kesetiaan pelakon popular era 90-an itu yang selama ini menjaga isterinya Nor Hidayah Yusri yang mengalami lumpuh separuh badan sejak 18 tahun lalu.

World Wide24.com 3379bb57339125460ef1f52bc19774b7

Nor Hidayah menghidap peny4kit meningitis sehingga menyebabkannya koma, bisu, hil4ng deria pendengaran selama setahun, diikuti lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua.

Sebagai suami, Edika pernah memaklumkan dirinya menghadapi cabaran yang amat besar apabila bergelar pelakon kerana sentiasa ada wanita yang cuba mendekatinya. Apatah lagi mengharungi ujian menjaga isteri yang sedang s4kit ketika itu.

World Wide24.com 4dff48a63317cee300b5f4fcba33d9b9

Malahan Nor Hidayah ketika ditemubual satu portal sebelum ini juga pernah meminta suaminya itu berkahwin lagi tetapi Edika menolaknya dan memilih untuk setia kepada isterinya.

Menerusi satu hantaran di Instagram dunia resepi, satu video temubual bersama Edika Yusof di kongsikan semula untuk tatapan orang ramai.

Temubual berkenaan memaparkan Edika di soal oleh wartawan mengenai alasan beliau tidak mencari wanita baru dalam hidupnya setelah isteri mengidap pelbagai peny4kit.

Edika mendedahkan arw4h ibunya sendiri pernah meminta beliau untuk berkahwin lain untuk menjaga anak anak. Dedah Edika dalam temubual berkenaan, dirinya melihat sendiri kesukaran ibunya dalam membesarkan anak seorang diri apabila di tinggalkan.

Edika berkata beliau tidak nampak keadilan apabila bapanya telah berkahwin lain. Beliau juga tidak yakin dapat memberikan keadilan sama rata jika berkahwin ramai.

World Wide24.com 660d12b85ff7658a48696e487eba43a9

Edika berpendapat, jika sudah bersama seorang wanita, apa jadi sekalipun wanita berkenaan perlu dijaga dengan baik. Malahan sekiranya ingin memulangkan kembali kepada keluarga wanita tersebut juga perlu dalam keadaan baik.

Buat beliau sendiri, dirinya lebih selesa untuk kekal dengan seorang sahaja. Namun begitu beliau memahami jodoh di tangan tuhan dan beliau hanya mampu mengelak. Pesan Edika lagi, ada isteri yang satu, jagalah dengan sebaik mungkin.

Sementara itu, menerusi tinjauan di ruangan komen pula rata-rata netizen memuji kesetiaan pelakon itu menjaga isterinya serta mendoakan kebahagiaan rumah tangganya supaya berkekalan. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

World Wide24.com F10b6025598c8567a6b5577637565ae5

Pada masa sama, sebelum ini pelakon asal Kuala Lumpur itu juga pernah mendedahkan kunci kebahagiaan rumah tangganya bersama isteri yang dibina sejak 2003 itu adalah dengan tidak menyimpan sebarang rahsia dalam perhubungan.

Sumber: ig dunia resepi

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!