Connect with us

Hiburan

“Macam ni mak cakap dgn anak, bukan terpekik terbeliak biji mata”

Published

on

Erinsakura 2541662c039bb59320a56bf1267e6d4a

Hanis Zalikha binti Zainal Rashid yang lebih mesra di panggil KekNis ini pada awalnya ialah seorang blogger. Beliau dikenali kerana sering berkongsi tips kecantikan, resepi dan tempat-tempat menarik untuk dilawati melalui blog beliau. Beliau seterusnya menamatkan zaman bujang bersama pelakon Paskal iaitu Hairul Azreen Idris pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Hanis kemudiannya menceburi bidang perniagaan dan menjadi seorang usahawan produk kecantikan dan pakaian bersama suaminya. Melengkapi kehidupan mereka sekeluarga ialah kucing peliharaan iaitu Bujibu Chempel yang juga sangat terkenal di media sosial.

Erinsakura 3d2b3420f71ef04ed85b2560ef250cb4

Ragam keluarga ini sering mencuri tumpuan netizen kerana tertarik dengan cara didikan mereka kepada 2 orang anak mereka iaitu Yusof dan Alisa. Selebriti yang aktif di media sosial ini sering memuatnaik aktiviti mereka sekeluarga dan berkongsi bersama para pengikut Instagram mereka.

Pelbagai tips keibubapaan dan juga kecantikan yang Hanis sering kongsikan bersama para pengikut membuatkan jumlah pengikutnya di Instagram juga bertambah dari masa ke semasa.

Erinsakura B31c1e462e07081f930a24f45ea893f6

Menariknya apa yang berlaku kelmarin, Hanis memuatnaik sebuah video aktiviti seharian kedua beradik itu buat tatapan para pengikut di Instagram namun secara kebetulannya merekodkan gelagat dua beradik itu berebutkan permainan.

Erinsakura 0ca7978336b80c5dbab3af354b03f622

Menyedari keduanya tidak mahu melepaskan permainan tersebut, Hanis akhirnya meminta Yusof untuk mengalah dan memberikan permainan tersebut kepada adiknya Alisa. Yusof kemudiannya merajuk dan berpaling menonton televisyen.

Tidak mahu membiarkan perkara tersebut berlarutan, Hanis kemudiannya meminta Alisa untuk berkongsi mainan tersebut bersama Yusof dan meminta Yusof supaya meminta kembali mainan itu daripada Alisa. Teknik tersebut berkesan dan Yusof kelihatan gembira kerana beroleh kembali permainan tersebut daripada adiknya Alisa.

Melihat kedua beradik itu berdamai membuatkan para netizen sangat mengagumi kebolehan Hanis mendidik anak-anak. Mereka juga memuji sikap penyabar Hanis dan gaya pertuturannya yang lemah lembut semasa bercakap dengan anak-anak. Tingkah laku Yusof yang memainkan peranan sebagai abang dan mendengar kata ibunya supaya mengalah dengan Alisa juga turut dipuji netizen.

Erinsakura 0c44136e0770cfb4e39b452685090e17

Tidak cukup dengan itu ada juga netizen yang mngalkan komen bahawa cara menegur dengan lemah lembut seperti Hanis itu adalah cara yang sepatutnya bagi seorang ibu untuk bercakap dengan anak-anak.

Erinsakura Cb44ea0876005f87450fa91e1c6dfa63

Hanis sememangnya seorang yang penyabar dan sikapnya sebagai seorang ibu wajar dicontohi. Bertuah sungguh Hanis dikurniakan dua orang anak yang sangat mendengar kata dan patuh dengan ibu bapa walaupun masih kecil. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tahniah Hanis kerana berjaya mendidik anak-anak sehingga menjadi inspirasi kepada semua para ibu di luar sana.

Sumber : Instagram haniszalikha

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!