Connect with us

Hiburan

“Elly Mazlein laku keras sejak nikah dgn cikgunya, alhamdulillah” – Adibah Noor

Published

on

Setiap perkahwinan pasti akan didatangkan dengan pelbagai rezeki yang diberi oleh Allah. Yaa benar, itu adalah janji Allah buat hamba-hambanya. Rezeki juga didatangkan dengan pelbagai bentuk yang bukan sahaja dari segi wang ringgit malah dengan kehadiran cahaya mata dan kebahagiaan keluarga. Walaupun alam perkahwinan sentiasa diuji dengan ujian yang Allah telah turunkan, pasti ada berita gembira di sebalik yang berlaku.

Buat pelakon Elly Mazlein atau dikenali dengan panggilan Lina Pompom ini, perkahwinannya bersama suami tercinta iaitu Encik Azlan kelihatan bahagia selepas mereka mula mendirikan rumah tangga pada Januari lepas selepas berkenalan hampir setahun lebih melalui laman sosial. Malah kehadiran Putri Sara Sefia juga mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara mereka.

Lebih membahagiakan lagi buat Lina Pompom apabila rezekinya sentiasa melimpah sejak berkahwin dengan suaminya. Lina Pompom sering muncul di kaca televisyen selepas banyak kali ‘dilamar’ oleh pihak produksi untuk berlakon dan mengacara sesuatu program.

Dengan pelbagai tawaran yang diterima Lina Pompom semenjak dia berkahwin, salah seorang rakan artis iaitu Adibah Noor turut berkongsi rasa syukur melihat Lina Pompom semakin ‘laku keras’. Luahan rasa syukur oleh Adibah Noor buat Lina pompom menerusi salah satu tweet yang ditulisnya di laman twitter itu telah dikongsikan sendiri oleh Lina pompom di laman instagram miliknya.

Sokongan Adibah Noor ternyata menyentuh hati Lina Pompom. Bagi Lina Pompom, dia menganggap tawaran yang diterima itu adalah salah satu rezeki buat keluarga kecilnya.

Sementara itu, peminat-peminat Lina Pompom tidak ketinggalan memberikan pelbagai reaksi positif menerusi ruangan komen. Rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat buat artis kesayangan mereka. Mereka juga bersetuju dengan kata-kata Adibah Noor apabila wajah Lina Pompom sentiasa muncul di kaca televisyen.

“Iye betul, musim raya ni ada je muka kak kepom kat semua channel tv, dengan papa awan nanonya pun dijemput sekali”- Netizen

“Ramai yang sayang, terlalu istimewa”- Netizen

“Itu namanya rezeki selepas nikah”- Netizen

Memang betul, sejak akhir-akhir ni banyak kali tengok muka artis kesayangan ramai ni… Alhamdulillah, rezeki selepas berkahwin buat Kak Lina Pompom kita. Semoga rezeki semakin meluas buat Kak Lina Pompom yaa.

Sumber: instagram iamellymazlein, twitter Adibahnoor

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!