Connect with us

Hiburan

“Macam lagi blur dari suami Ain Edruce”- Netizen

Published

on

World Wide24.com F4cd10bd94cd38d5ff1dfacaae9d276c

Sebelum ini, wajah jelita Fazura kerap muncul di kaca televisyen dan layar perak. Kehebatan lakonannya tidak dapat dinafikan. Berilah apa sahaja watak, tentu sahaja ibu kepada seorang cahaya mata itu dapat menterjemahkannya dengan aura yang luar biasa.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kemunculan Fazura semakin berkurangan sekali gus membuat peminat berteka-teki sama ada pelakon filem J Revolusi itu masih aktif dalam lapangan seni atau tidak.

Meskipun kerjaya seninya bergerak perlahan, namun Fazura semakin sibuk menguruskan perniagaan, keluarga termasuk rumah produksi, Fazura Pictures.

World Wide24.com 0297492879ff48bb9695a52235e0fcf3

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin turut bersyukur kerana Allah mempermudahkan segala urusannya termasuklah dalam menguruskan kerjaya, bisnes dan rumah tangga.

Walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan namun beliau masih tetap meluangkan masa berkualiti di rumah dan bijak mengatur masa bersama keluarga.

World Wide24.com 2941e8c532e576e00a430a8548969318

Sebelum ini, pasangan romantik Fazura dan Fattah berkongsi dengan para peminat mereka bahawa mereka berdua merancang untuk memiliki zuriat kedua.

Tidak di nafikan, ianya sebagai pelengkap kebahagian rumah tangga mereka apatah lagi jika dikurniakan dengan zuriat lelaki. Meskipun begitu, Fazura mahupun Fattah tidak memilih jika mereka dikurniakan dengan zuriat perempuan asalkan bayi tersebut berada dalam keadaan sihat.

World Wide24.com D22627453f5c523057b1a3bc80d22233

Menerusi satu perkongsian di platform tiktok myfazura, satu video yang memaparkan gelagat Fazura dan suaminya Fattah di kongsikan buat tatapan para peminat. Pasangan selebriti romantis itu membuat trend ‘surprise dari tersayang’ yang kini menjadi ikutan netizen di media sosial.

Di dalam video yang di muatnaik itu, Fazura di lihat memegang beberapa beg beli belah berisi barangan produk Fazura dan memberikan beg beli belah berkenaan kepada suaminya. Fazura meminta Fattah untuk keluar dan masuk semula ke dalam rumah dengan membawa beg beli belah tersebut.

@myfazura

Sekarang ni musim suami suka surprise kan isteri yang bukan-bukan, tak apa sebelum suami bagi surprise biar isteri yang surprise kan diri sendiri.. Janji rumah tangga bahagia darlings 🥰💖 #FAZURA #FAZBULOUS #FAZBULOUSCOM #MilikSemua #Darlings #fyp #tiktok

♬ original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

Fattah kemudiannya kelihatan terpinga- pinga kerana terkejut dengan tindakan isterinya itu. Tanpa mengetahui apa- apa beliau hanya menurut sahaja permintaan Fazura untuk melakonkan trend berkenaan secara tiba tiba.

Menjengah ke ruangan komen pula, netizen merasa terhibur dengan reaksi wajah Fattah yang kelihatan terkejut dan terpinga- pinga dengan lakonan serta merta Fazura.

World Wide24.com Ea5166b5a49d97b295db1c33a19a05e8

Lebih mencuit hati apabila Fattah tanpa berfikir panjang hanya menurut sahaja permintaan isterinya dengan redha meskipun merasa keliru dengan apa yang berlaku.

Netizen yang cukup terhibur dengan video lakonan pasangan suami isteri itu juga membandingkan reaksi wajah Fattah dengan suami pengacara Melodi iaitu Ain Edruce yang terkenal dengan reaksi wajah terpinga-pinga dan ‘tiada perasaan’. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

World Wide24.com 016463ee63bab979510ac4a62129fcad

Gaya lakonan Fazura itu juga membuatkan netizen merindui lakonan Fazura dalam filem Pis4u Cukur sebelum ini memandangkan beliau juga sudah lama tidak berlakon. Memang berdekah betul tengok reaksi wajah Fattah yang ‘clueless’ dalam video tu.

Sumber: tiktok myfazura

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!