Hiburan
“Lagi cantik dari Elfira Loy” – Netizen
Baru- baru ini penyanyi Sufian Suhaimi mengaku bahawa dirinya kini sudahpun mempunyai k3kasih dan sedang rapat dengan seorang wanita yang bukan dalam kalangan selebriti. Walaupun beliau masih belum mempunyai perancangan untuk mengakhiri zaman bujang namun Sufian berkata dirinya sangat gembira dengan kehidupan sekarang. Sufian tidak menolak untuk mempunyai hubungan dan ikatan yang sah namun beliau masih mengambil masa untuk mengenali hati budi wanita berkenaan.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Menurut Sufian lagi, apabila sedang mengenali seseorang dengan serius sudah pasti mahu membawa hubungan ke jinjang pelamin dan tidak mahu membuang masa pasangan. Beliau tidak menolak sekiranya jodoh sampai cepat dan menyerahkan segalanya kepada takdir.
Penyanyi yang pernah hangat dengan kontroversi puutus tunang dengan seorang pelakon beberapa tahun lepas ini berkata, sudah menjadi lumrah bergelar seorang artis apabila netizen ingin mengetahui mengenai kehidupan peribadi berbanding kerjayanya.
Secara positiif Sufian juga menambah, dirinya sangat bersyukur kerana masih menerima perhatian daripada orang ramai dan peminat yang masih mengambil berat mengenai dirinya meskipun beliau kini sudah memperlahan kan kerjaya seni demi memberikan fokus dalam bidang perniagaan bantal zikir sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sebelum ini Sufian kerap kali di lihat bersama usahawan selebriti Neelofa dan suaminya PU Riz kerana menjalinkan usahasama dalam mempromosikan produk bantal zikir.
Ketika Neelofa membuat siaran langsung bersama pengikut di media sosial, soalan mengenai k3kasih hati Sufian turut di tanyakan kepada Neelofa.
Neelofa yang membaca komen tersebut kemudiannya memanggil Sufian dan secara berseloroh memberitahu menerusi siaran langsung tersebut bahawa hati lelaki itu telah pun dimiliki. Sufian yang berada bersama ketika itu hanya tertawa malu apabila di usik oleh Neelofa.
Terbaru ketika perkongsian di media sosial mengenai perkahwinan penyanyi Aiman Tino di laporkan, kelibat Sufian Suhaimi turut kelihatan menghadiri majlis perkahwinan Aiman Tino tersebut.
Namun begitu, kemunculan Sufian bersama seorang wanita yang berpakaian sedondon berwarna merah bersama beliau turut menjadi sorotan lensa wartawan.
Tidak melepaskan peluang untuk mengenali wanita bersama Sufian Suhaimi itu, Sufian akhirnya mendedahkan bahawa wanita berkenaan merupakan teman wanitanya yang di kenali sejak setahun yang lalu.
Namun begitu Sufian masih lagi menjada privasi teman wanitanya itu dengan tidak mendedahkan nama kerana tidak mahu teman wanitanya terlalu menjadi perhatian media sehingga membuatkan wanita berkenaan tidak selesa.
Dedah Sufian lagi, k3kasihnya itu baru berusia 23 tahun dan masih menuntut di sebuah universiiti namun bakal mengakhiri pengajiannya tidak lama lagi. Keluarga kedua dua pihak juga sudah mengetahui mengetahui mengenai hubungan mereka.
Meninjau ke ruangan komen, terdapat netizen yang masih mengaitkan hubungan terbaru Sufian ini dengan bekas tunangnya dahulu.
Untuk rekod Sufian sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon wanita iaitu Elfira Loy sekitar tahun 2017. Bagaimanapun ikatan pertunangan berkenaan hanya bertahan beberapa bulan sebelum terlerai dengan beberapa kontroversi.
Melihat kehidupan baru Sufian yang kembali bahagia ini, ramai netizen yang turut mendoakan agar hubungan Sufian kali ini akan berakhir dengan ikatan perkahwinan pula. Berikut di kongsikan komen netizen.
Terdahulu, lagu nyanyian Sufian Suhaimi yang berjudul Di matamu telah menyentuh hati ramai netizen yang terkesan dengan kisah kontroversi puutus tunang beliau suatu ketika dahulu. Di harapkan hubungan baru Sufian ini akan berakhir di jinjang pelamin pula.
Sumber: Instagram aleale.dr
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen