Connect with us

Hiburan

“Kau ni sejak bila plak pandai belakon ni” – Netizen

Published

on

Kecoh seminggu dua lalu apabila selebriti ini seakan membayangkan di medsosnya yang dia akan berpisah dengan pasangannya. Tup-tup tak lama selepas itu berbaik semula. Selepas dik3cam hanya ‘bermain’ dengan gimik, Zulin Aziz menegaskan ia bukan seperti sangkaan netizen itu, dan tak mengulas lanjut berkenaan perkara tersebut. Tahu-tahu tak ambil waktu lama, mereka suami isteri dah berbaik semula.

Syukurlah di saat hari baik dan bulan baik ini tak jadi bergegar tiang arasy. Zulin pun sibuk beraya dan nampak erat menayangkan kemesraan dengan pasangan seperti pengantin baru di IG nya ini.

Bahkan pada kaspyen hantarannya itu juga sempat Zulin berkongsi tip pujuk suami belikan barang. Kena main cuit-cuit dan cakap manja-manja gitu. Ayat pun kena power dan ada ala ‘trick’.

‘Tengah semangat nak cantikkan diri ni. Mood baru mcm zaman bercinta dulu hehe’. Antara yang dicoret oleh Zulin. Melihat statusnya itu, tak kurang netizen yang melahirkan kesyukuran mereka dah kembali berbaik.

Agak mencuit hati juga apabila netizen perasan yang suami Zulin, Farhan Norzaini juga sporting nampaknya menghasil konten buat isteri tersayangnya itu. Pendek kata dah pandai berlakon…

“Kau ni sejak bile plak pandai belakon ni farhannorzaini”, “Paan oh paan.ish ish”, “Haa cem nia kan helok, bru kojap2 kawin dh tk kesefahaman la apo laa. Ayo gohram lak den..”, “ihhh comey bya lah dua ni. berkekalann please… ”.

Itu antara komen netizen. Nampak gayanya kalau tengok perkongsian hantaran Zulin ni dah elok berbaik lah diaorang suami isteri ni. Mesra dan masih serasi bersama. Tak kurang netizen yang mendoakan.

Apa pun dah pandai berlakon tu, lepas ni lagi murahlah rezeki Zulin dan Farhan. Pastinya kalau buat konten yang lebih kurang macam ni akan lebih mengeratkan hubungan mereka.

Perihal rumah tangga juga ibarat lautan yang ada pasang surutnya. Netizen doakan kebahagiaan dan perkara yang baik-baik saja buat pasangan ini sudahlah ya… Moga kasih sayang dan jodoh kekal hingga ke jannah.

Zulin, 34, selamat bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaannya, Farhan, 36, pada 20 Februari 2022. Begitupun pasangan berkenaan hingga kini belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber : IG Zulin Aziz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!