Connect with us

Hiburan

“Kenapa lelaki kalau jd artist muka kena jambu”- Netizen

Published

on

Cc Ink

Sejak akhir- akhir ini, nama Hael Husaini kerap di perkatakan dek kerana penampilan beliau yang kelihatan berbeza berbanding sebelum ini. Setiap gerak geri atau perbuatan dilakukan, ada sahaja komen negatif dilemparkan sama ada dalam menjalani kehidupan seharian mahupun paparan media sosial. Namun begitu pemilik nama lengkap Hal Husaini Razmi ini tidak pernah mengambil pusing setiap komen negatif yang di perkatakan mengenai beliau.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Penampilan Hael kerap di katakan menyerupai bintang K-Pop sehingga ada yang mendakwa beliau menggunakan teknologi moden demi untuk mendapatkan bentuk wajah dan kulit putih melepak seperti ‘oppa’.

Hael Husaini 8

Mengulas lanjut isu berkenaan, Hael berkata beliau tidak pandai berfesyen atau melaram. Malahan imej dan penampilan beliau selama ini semuanya ditetapkan penata gaya.

Sebelum ini, menerusi sebuah temu bual Hael Husaini memaklumkan dirinya tidak berniat untuk meniru wajah seakan selebriti Korea sebaliknya seakan mengikut kepuutusan pihak pengurusan beliau.

Secara peribadi kata Hael lagi beliau sendiri sebenarnya tidaklah terlalu obses dengan kecantikan. Namun begitu sebagai selebriti, beliau akur dirinya perlu sentiasa menjaga penampilan.

Hael Husaini 13

Malah sebagai selebriti, dengan adanya bantuan penata gaya, peluang untuknya bekerjasama dengan jenama antarabangsa juga semakin terbuka luas.

Di sebalik aktif dalam industri hiburan dengan menghasilkan pelbagai lagu buat diri sendiri serta artis lain, wajah terbaru beliau yang dilihat sangat berbeza sering menarik perhatian meskipun mengekalkan gaya rambut yang hampir sama.

Sejak kebelakangan ini, penampilan penyanyi dan composer terkenal Hael Husaini menjadi perhatian ramai apabila di lihat seperti selebriti Korea Selatan.

 

Baru- baru ini tular satu video di media sosial yang memaparkan pelantun lagu Jampi itu sedang menikm4ti juadah makan sambil berbual dengan rakannya di sebuah majlis.

Menerusi video itu, perubahan pada wajah beliau dan lenggok ‘lembut’ penyanyi berkenaan ketika berbual bersama rakannya itu begitu menarik perhatian netizen. Ada juga segelintir netizen yang menyamakan wajah Hael seperti wajah seorang penyanyi barat.

Hael Husaini 10

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendakwa wajah Hael kelihatan sangat pelik berbanding wajahnya sebelum ini.

Malahan ada yang mempersoalkan mengenai tindakan yang di lakukan oleh penyanyi tersebut sekiranya benar beliau ada melakukan sebarang rawatan di wajahnya. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Hael Husaini 2

Sehingga kini, Hael juga mengambil sikap untuk terus mengunci mulut daripada memberi sebarang komen berhubung isu berkenaan. Disebabkan sering dihambat kontroversi, timbul juga dakwaan Hael cuba mengelak daripada ditemubual media berikutan tindakannya tidak menjawab panggilan dan membalas mesej dihantar.

Sumber: ig rosebirumedia

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

 

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!