Connect with us

Hiburan

“Aku tak boleh la tgk budak rambut kerinting. Eee geramm comeyy sgt” – Netizen

Published

on

Cc Ink 1

Buat para peminat dunia solekan, pastinya mengenali pemilik nama MUA Bellaz. Pemilik nama sebenar Nur Nabila Zulyadaini dikenali ramai kerana bakat solekan yang dimiliki oleh beliau. Nama beliau juga tular kerana kepetahan beliau sewaktu sesi siaran langsung berinteraksi bersama para peminat beliau sambil memaparkan gaya solekan buat para pengikut selama ini.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Wajah Bella yang berketurunan Turki Melayu ini kini kerap menghiasi media sosial yang terinspirasi dengan kejayaan dan sikap tidak puutus asa yang dimilikinya. Menurut Bella minat terhadap bidang solekan muncul setelah melahirkan anak pertamanya.

Mua Bellaz 14

Meskipun ada yang kurang senang dengan beliau, namun ianya tidak pernah memudarkan semangat wanita ini untuk terus berusaha demi keluarga tercinta. Beliau juga bertuah kerana memiliki suami yang tidak jemu mendokong dan memberikan nasihat buat beliau untuk meneruskan minat tersebut.

Baru baru ini MUA Bellaz berkongsi video dan beberapa foto beliau berangkat ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah bersama keluarganya.

Mua Bellaz 9

Anak bongsu Bellaz yang bernama Aisywarya Nealofa sering menerima perhatian netizen kerana mempunyai raut wajah yang comel dan berpipi gebu.

Malahan nama anak bongsunya itu di akui sendiri oleh Bellaz mengambil inspirasi daripada nama pelakon Bollywood Dan juga nama usahawan terkenal Malaysia Noor Neelofa Mohd Noor.

Memuatnaik video terbaru di instagram, Bellaz berkongsi cerita bersama para pengikut akaun Instagram mengenai anak ketiganya Ean Yusuf. Menurut Bella, sebelum berangkat ke Mekah, Yusuf sebenarnya kurang sihat.

Yusuf kurang selera makan dan hanya mengharapkan minum susu sahaja. Bagaimanapun keadaan berlainan apabila mereka sekeluarga menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Yusuf menjadi berselera dan boleh makan seperti biasa.

Mua Bellaz 10

Bellaz berkongsi rasa gembiranya bersama para pengikut beliau mengenai kesihatan anaknya Yusuf yang bertambah baik dan mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana memudahkan urusan beliau sebagai ibu untuk menunaikan Ibadat di sana.

Mengintai keruangan komen, netizen mendoakan kesihatan Yusuf dan mendoakan Bellaz sekeluarga dapat menunaikan ibadah umrah dengan baik. Ada juga yang memuji wajah comel Yusuf yang mirip wajah kanak- kanak negara 4rab. Berikut di kongsikan komen netizen.

Mua Bellaz 13

Membawa anak- anak untuk menunaikan ibadah umrah bukan perkara mudah. Tambahan pula sekiranya anak tidak sihat. Ibadah umrah juga akan sedikit terganggu kerana memikirkan keadaan anak. Syukur ke kepada Allah kerana urusan Bellaz di permudahkan dan Yusuf juga di berikan kesihatan oleh Allah.

Sumber: ig muabellaz

Artikel ini disediakan oleh oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

 

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!