Connect with us

Hiburan

“Kecik pndek tapi comel”- Netizen

Published

on

IMG 20220323 214509

Comel lote orangnya, untunglah nampak macam budak baru lepasan sekolah sahaja. Kini mempunyai lebih dua juta pengikut di Instagram nya, pasti peminat nya sudah maklum, Intan Najuwa semakin banyak menerima tawaran sebagai pelakon utama dan nampaknya dia semakin diminati oleh peminat drama tempatan khususnya sejak membintangi drama berjudul Kekaasih Paksa Rela. Hendak pula sering menayangkan penampilan dan kehidupannya yang penuh bergaya, ramai yang semakin ingin mengenali tuan badan bertubuh genit yang dilahirkan pada 18 Ogos 1997 ini.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Jika diperhatikan memang nampaknya Intan selalu menjadi pilihan syarikat pengiklanan tempatan dan antarabangsa bagi memperagakan sesuatu produk. Sudah pasti faktor gaya hidup dan pembawakannya itu menjadi pilihan dia di bidang itu.

Screenshot 20220323 1927112

Bijak model dan juga penulis blog ini memanfaatkan kelebihan dan aset faktor fizikal yang ada padanya. Siapa sangka, Intan Najuwa rupanya memulakan kerjaya lakonan pada usia 18 tahun setelah diperkenalkan oleh David Teo, penerbit Metrowealth Pictures.

Selain drama Kekaasih Pksa Rela gandingannya dengan aktor, Remy Ishak, pada tahun 2016, dia turut mendapat perhatian netizen menerusi watak sebagai Abby dalam drama adaptasi novel karya Dekna Lee, Hantu Punya Bos, bergandingan dengan pelakon Shukri Yahaya.

Screenshot 20220323 1926002

Bukan sekadar bimbo, sesuatu yang boleh dijadikan contoh, dalam sibuk berlakon, kira-kira empat bulan lalu, Intan Najuwa berkongsi bahawa dirinya sedang menyambung pelajaran sebagai penuntut undang-undang sebuah pusat pengajian di Singapura.

Wah… Terbaik Intan Najuwa, bukan sahaja pandai bergaya dan dikenali dalam bidang seni, dia juga nampaknya sentiasa berusaha untuk memajukan diri termasuk dalam bidang akademik.

Screenshot 20220323 1926392

Begitupun dah namanya anak seni, dia juga tak dapat lari daripada kontr0versi. Jika baru-baru ini aktor, Zul Ariffin berdepan gosip mak cik dan pak cik bawang dek lakonan aksi panasnya dengan Siti Hariesa, Intan Najuwa juga pernah suatu ketika  berdepan situasi lebih kurang sama dengan pelakon itu.

Pasti netizen masih ingat akan kekecohan dek tular gambar int1mnya bersama hero drama Setelah Ku Dimiliki itu. Nampaknya selepas dengan Intan Najuwa, Siti Hariesa pula ya… Apa pun ia dikatakan hanya untuk tujuan marketing sahaja. Entahlah…

Screenshot 20220323 1227302

Pernah didakwa barangkali berpunca daripada foto panas itu, ia juga dikatakan menjadi poin terlerai ikatan pertunangan Intan dengan usahawan dari Kedah, Razarul Anwar Rusli, dua tahun lalu. Intan bagaimanapun pernah mengakui tidak menolak jika digandingkan dengan Zul di masa depan.

Apa pun selamat maju jaya buat Intan. Walau apa pun dugaan melanda rentetan dari itu, Intan nampaknya tetap optimis dalam menjalani kehidupannya, bahkan tampak lebih semangat sekali. Moga terinspirasi dengan semangat Intan ya… Kecil-kecil cili padi…

Screenshot 20220323 1927432

Sumber : IG Intan Najuwa

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!