Connect with us

Hiburan

“Dia yg main bedak, dia yg p4nik tengok muka sendiri”- Syatilla Melvin

Published

on

Picsart 22 03 20 09 35 35 274

Kerenah anak-anak sememangnya menghiburkan hati ibu bapa. Walaupun kadang-kala perangai anak-anak kecil ini selalu nakal, pasti ada terselitnya telatah mereka yang membuatkan kita sebagai ibu bapa geli hati melihatnya. Anak-anak adalah kebahagiaan rumah tangga suami isteri dan salah satu kurniaan yang istimewa daripada Allah SWT.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Melihat keluarga pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, mereka antara keluarga yang sentiasa mencuri tumpuan netizen. Setiap kali posting mereka di Instagram, ada saja kerenah mereka sekeluarga termasuklah anak-anak.

Shaheizy SampCYgVmEzLF8 1

Anak-anak Sam dan Syatilla iaitu Sarima pun ada kala menghiburkan netizen dengan telatah comelnya itu. Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi kan, sama perangai dengan ibu ayahnya. Sungguh melucukan.

Baru-baru ini, si cilik Sarima berjaya membuatkan netizen terhibur melihat gelagatnya yang dikongsi Sam sendiri pada posting Instagram.

Shaheizy SampCZrtADVBNII1

Sam sempat merakam momen melucukan apabila Sarima menangis ketakutan selepas melihat wajahnya sendiri penuh dengan bedak talkum.

Muka Sarima yang sememangnya sama iras dengan bapanya membuatkan Sam dan Syatilla tergelak dengan kerenah anak mereka itu. Comel betul melihat sekeluarga ini.

Kerenah comel Sarima yang dikongsi Sam itu juga membuatkan ramai netizen akui, wajah sarima betul-betul iras Sam. Copy paste Sam betul ni..

Malah Video dikongsi Sam itu telah menerima 785,000 tontonan dan 900 komen daripada netizen.

Shaheizy SampCaM0fbZhQ T1

Netizen pun suka melihat keluarga bahagia ini yang sentiasa berkongsi perkembangan mereka sekeluarga menerusi laman sosial media.

Mengikuti perkembangan Sam juga, beliau antara selebriti yang kini sedang sibuk menjalankan perniagaan baju melayu dan baru-baru ini beliau membuatkan ramai netizen kagum dengan sikap pemurahnya yang membantu golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan baju melayu yang dijualnya secara percuma sahaja. Bagus Sam.

IMG 20220320 093749

Semoga murah rezeki buat Sam sekeluarga. Memang best tengok Sam sekeluarga ini, macam-macam kerenah yang menghiburkan. Dari ibu, bapa sampai lah anak-anak. Ada-ada je diorang ni hehe..

Sumber:Instagram shaheizysam

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!