Connect with us

Hiburan

“Kau mcm YB berjaya prn Bell, gambo pun ala2 ucapan hari raya” – Azza Elite

Published

on

World Wide24.com 182a0c3872464b1522a6d12189d8c972

Beberapa hari sahaja lagi bakal berlangsungnya majlis berprestij bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kali ke 35. Majlis bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian berkenaan di jangkakan bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 21 Julai nanti. Debaran pastinya di rasai buat calon calon yang bertanding pada sesi pengundian kali ini.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Buat pelakon Bell Ngasri yang baru pertama kali tercalon hingga ke peringkat Top 5, pengalaman kali ini cukup mengujakan beliau apatah lagi tercalon bersama nama nama besar yang lain.

World Wide24.com Fd9a44b5e0d63eb357188e0bfa09f394

Pencalonan Bell hingga ke Top 5 juga mengujakan para netizen kerana mahu melihat anak seni itu membawa pulang anugerah daripada majlis berkenaan sebagai memenuhi hasrat beliau yang tidak pernah merasai sebarang anugerah sepanjang penglibatan beliau dalam bidang seni selama ini.

Bell mendapat sokongan padu daripada netizen menerusi tinjauan dalam media sosial.

Pelbagai kempen juga di lakukan oleh peminat sebagai tanda sokongan terhadap Bell agar pelakon itu memenangi anugerah artis komedi popular pada tahun ini.

World Wide24.com 48deb15a42dc895d66a6288baf069b7c

Malahan ramai yang menyatakan tindakan mereka memberikan sokongan melalui undian di laman web Berita Harian meskipun tidak pernah mengundi bagi sebarang pencalonan untuk Anugerah Bintang Popular pada tahun tahun sebelumnya.

Menerusi hantaran terkini Bell di Instagram, pelakon yang popular dengan watak sebagai Barkoba itu telah menulis kapsyen panjang lebar ucapan terima kasih kepada orang ramai yang telah mengundi beliau untuk Anugerah Bintang Popular bagi kategori Artis Komedi Popular.

Memandangkan sesi pengundian untuk anugerah berkenaan telahpun di tutup, Bell merakamkan ucapan terima kasihnya menerusi platform media sosial tanda menghargai usaha para netizen yang tidak puutus menunjukkan sokongan kepada beliau selama ini.

Netizen bukan sahaja menunjukkan sokongan menerusi undian malahan ada di antara mereka yang sangat kreatif menghasilkan poster sebagai tanda sokongan buat pelakon tersebut.

Ucapan ikhlas Bell itu agak sayu dan sebak, bagaimanapun di akhiri dengan lawak bersahaja yang berbentuk pantun sebagai penutup membuat netizen terhibur.

World Wide24.com Af01b2ce74951387e2df8eb8e8a6c1bb

Tidak berselindung, Bell berkata beliau sememangnya mengharapkan kemenangan memandangkan beliau baru sahaja berpeluang merasai pengalaman tercalon sebagai Top 5 setelah berpuluh tahun menjadi anak seni.

Ramai yang mendoakan kemenangan bakal berpihak kepada Bell pada tahun ini dan beliau di angkat sebagai pelakon komedi popular pada tahun ini. Tidak kurang juga yang mendoakan supaya pelakon tersebut juga membawa pulang Anugerah Bintang Paling Popular. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

World Wide24.com C87e415ec85bcdda257e02dbebdbd66f

Terasa kelainan dalam anugerah bintang popular tahun ini apabila pencalonan Bell membawa aura yang berbeza.

Rata rata netizen menunjukkan sokongan yang sangat padu terhadap beliau dan berkempen untuk kemenangan beliau. Mudahan tahun ini ada rezeki untuk Bell Ngasri.

Sumber: ig bellngasri

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!