Hiburan
“Kannnnn, Samaaa kitaaa” – Ibu Fasha Sandha
Setiap daripada kita memilih pasangan pastinya disebabkan adanya daya tarikan pada seseorang yang menjadi pilihan hati itu. Walaupun kadang tidak berkenan pada orang lain, tapi bagi kita seseorang itulah yang paling terbaik dan terpaling helok di mata kita. Pedulilah apa orang lain nak kata. Agaknya itulah yang dirasakan pelakon dan penerbit popular, Shiela Rusly ini ketika berkongsi gambarnya bersama suami.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Kongsi Shiela dalam kapsyen hantarannya itu, ‘siapa cakap hit4m itu tak menawan’ sambil mengucapkan rasa cinta pada suami tersayang yang juga pengarah, Jinggo yang dipanggilnya TS (Tok Sidang). Romantik gittewww…
Agak mencuit hati bila hantaran di Instagramnya itu turut dibalas Jinggo dengan coretan: “Love you forever… cheaaa waaa”. Sporting je laki bini ni kan… sampai netizen nampak mereka sweet-sweet je… Memang sweet pun…
Menariknya, perkongsian Sheila itu turut dikomen besannya, Hatijah Teh Man yang juga ibu, pelakon Elisya Sandha yang menulis, “Kannnnnn..samaaa kitaaa..”. Jika dilihat, ibu Elisya juga memilih pasangan hidup, Hassan Moideen yang juga hit4m manis orangnya.
Tengok, taste pilih encik suami pun sama. Patut boleh ngam dan serasi je dua besan ini. Jika dilihat melalui perkongsian Sheila, hubungan mereka juga sudah semakin mesra dan akrab sejak anaknya, Uzair bernikah dengan Elisya 21 Ogos lalu.
Tambahan pula Elisya yang juga adik kepada pelakon popular, Fasha Sandha itu kini sedang berbadan dua dan keluarga mereka baharu sahaja membuat majlis baby shower, tentulah makin rapat dan dekat Sheila dengan besannya itu. Sebelum ini Elisya ada berkongsi ciri-ciri suami idamannya.
Selain turut dilihat hit4m manis seperti bapanya, kata Elisya, Uzair juga seorang yang bertanggungjawab. Kenal sejak di bangku sekolah lagi, katanya selain itu sikap suaminya mengambil berat dan menyayangi keluarganya. Jadi Elisya bukan minat suaminya dek hit4m manis semata ya…
Terdahulu, sempat lagi Sheila membalas di komen Hatijah itu bahawa biar kulit yang hit4m, tetapi bukan hati yang sedemikian. Huh… bermakna sungguh kata-kata Sheila itu…
“Love both”, “Pasangan sumber inspirasi”, “ so sweet semoga kekal till jannah aamiin”, “Makin berumur makin cantik…. jeles”, “Hit4m manis kn sis. Hihi”. Itu pula antara layangan komen netizen.
Sheila dan Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya mendirikan rumah tangga pada tahun 1995 dan dikurniakan dua anak lelaki–Uzair Haqimy dan Luth Mikhail. Kini dah 27 tahun mereka mendirikan mahligai bahagia bersama.
Sumber : IG Sheila Rusly
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen