Connect with us

Hiburan

“Kak, kesian budak baju merah tu”- Netizen

Published

on

Picsart 22 03 03 07 48 37 928

Bulan Ramadan menjelang tidak lama lagi. Inilah saat-saat yang dinantikan oleh umat Islam untuk melaksanakan ibadah puasa selama sebulan. Tatkala ramadan hampir mendekati kita, ramai sudah mula sibuk antaranya dari segi persiapan raya dan macam macam lagi. Buat pelakon-pelakon tempatan pula, Banyak telemovie khas raya yang sedang diusahakan oleh mereka untuk ditayangkan di televisyen nanti.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Antaranya pelakon Eira Syaziera yang juga sibuk dengan jadual lakonannya dan bakal muncul di slot drama khas bersempena bulan Ramadan. Sehingga kini, lakonan Eira sentiasa dinanti-nantikan oleh penonton.

EirasyaziraofficialpCagn21dvWC51

Baru-baru ini, Eira berkongsi salah satu babak lakonannya yang mengejutkan ramai netizen menerusi laman Instagram. Watak antagonis yang dipegang Eira membuatkan netizen tidak sabar untuk melihat drama baru tersebut.

Lebih mendebarkan lagi, babak lakonan Eira yang dikongsi di Instagram itu menjadi perhatian apabila salah satu adegan Eira menampar pelakon kanak-kanak tersebut iaitu Kamarul Eqifshah sehingga menimbulkan rasa kasihan netizen melihatnya.

EirasyaziraofficialpCaeB0o9viDJ1

Baru saja Eira berkongsi babak lakonannya, sudah ramai netizen tidak sabar untuk melihat drama baru itu memandangkan Eira antara pelakon yang hebat memegang watak ‘jahat’ dalam sesebuah dram

Sementara itu, video Eira yang dimuatnaik di Instagram telah ditonton sehingga 163,000 tontonan dan 247 komen.

Rata-rata netizen memuji lakonan Eira yang cukup ‘menjadi’ itu dan ada juga sebahagian netizen tidak sanggup melihat babak menyayat hati lakonan Eira itu.

EirasyaziraofficialpCalm LEvWej4

Selain Eira, barisan pelakon bagi drama terbaru HUD itu antaranya Fahrin Ahmad dan Kamarul Eqifshah.

Sudah pasti drama HUD ini bakal menerima tontonan yang ramai. Pasti ramai tak sabar nak tengok kemunculan barisan pelakon yang hebat.

IMG 20220303 074911

Tersentuh hati bila tengok babak sedih macam ini. Kesian Kamarul Eqifshah kena tahan marah dengan Eira hehe.. Lakonan Eira pun betul-betul menjadi, rasa geram jer bila tengok.

Sumber: Instagram Eirasyaziera

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!