Hiburan
“Jahanam harta u chef, bknnya murah meja tu. Kalo aku pon s4kit ati” – Netizen
Barangan milik ibu kita lazimnya apabila kita yang menyimpannya pasti mempunyai nilai sentimental dalam sanubari sebagai seorang anak. Sedangkan sekecil-kecil barang kepunyaan ibu itu pun kita tetap akan sayang, biarpun tidak berharga di mata orang luar, tetapi ia amat bererti dalam hati kita. Apatah lagi seandainya nilai barangan insan tersayang kita itu mahal harganya lagilah seboleh-bolehnya kita akan menjaganya sepenuh hati. Malangnya, orang luar pula yang bertindak sewenang-wenangnya terhadap barangan yang dijaga itu. Itulah yang dikesalkan pakar memasak antarabangsa yang cukup dikenali, Datuk Chef Wan ini.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Kecewa sungguh beliau apabila meja ibu yang mana meja dijaganya itu rosak gara-gara pembantu rumah. Semuanya dek kerana menggunakan perabot itu untuk menyeterika pakaian semasa ketiadaan Chef Wan yang ketika itu berada di luar negara iaitu Dubai.
Rasanya bukan Chef Wan saja berdepan masalah pembantu rumah yang tak tahu nak menjaga harta benda majikan ini kan? Ramai juga dalam kalangan kita yang berdepan masalah sama dan lebih teruk orang kita harapkan itu buat dekkk je apabila ditegur. Huh… S4kitnya tuh di sinik…
Kata Chef Wan lazimnya beliau menghantar sendiri pakaiannya ke pusat cucian dan sudahnyai bngung apa yang diseterika orang gajinya itu sampai meja kayu itu jadi sebegitu. Siap ada nampak macam bekas bentuk seterika lagi. Adeh naya…
Gamaknya ditekapkan seterika itu dalam masa lama di atas meja tersebut, memang rosaklah jadinya. Apa dikesalkan, jika biasa gaji dibayar kepada pembantu hanya asas sekitar RM1,200, akan tetapi sudahlah gaji pembantu itu dibayar hingga RM2,000 sebulan.
Kerja pembantu itu pula hanya dari jam 9 pagi hingga 5 petang, itu pun perlahan. Lebih buat Che Wan ‘berbulu’ apabila diminta masa kerjanya lebih sejam untuk siram pokoknya pun pembantu itu tak boleh kompromi langsung.
Tidak menyatakan pula pembantu itu ‘orang apa’, Chef Wan membandingkannya dengan pembantu warga seberang yang bekerja dengannya sebelum ini yang dikatakan lebih memudahkan urusannya termasuk boleh menyiramkan pokoknya.
Penyudahnya kerana tak boleh langsung nak sesuaikan diri bekerja dengan tugasan diberi, kata Chef Wan sampaikan pembantu itu nak berhenti kerja pun beliau tak kisah. Yang pasti beliau hanya mahukan pembantu yang memudahkan urusan hariannya.
Macam-macam peel orang ni ya… Kesian Chef, dah bayar gaji mahal pun pembantu buat naya gini. Ikutkan untunglah dapat bekerja dengan Chef Wan, apatah lagi orang hebat dan dikenali. Kalau pembantu tu orang tempatan memang nampak benar demand nya.
Kalau pembantu yang dok buat pasal macam ni, lagi-lagi orang luar, sebaiknya adalah akta yang ditetapkan yang dapat memberikan pengajaran padanya, dalam masa sama tak merugikan majikan. Ha… Macam mana, boleh tak gitu? Sabarlah Chef Wan…
Sumber: IG Datuk Chef Wan
Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen