Connect with us

Hiburan

“Ahhh suka suka, senang nak ajar anak I like dis” – Ning Baizura

Published

on

Add A Subheading 32

Kadang nak menghafaz doa bukan semudah memetik jari buat sesetengah daripada kita. Begitupun, jika ada bacaan yang dicipta dalam bentuk lagu mudah pula ia diingati. Tambahan pula bila lagu itu catchy dan ringkas, lagilah mudah dihafaz apatah lagi oleh kanak-kanak dan golongan muda. Misalnya lagu niat berpuasa dibawakan oleh kumpulan nasyid Raihan ini. Berkumandang di televisyen dan corong-corong radio lebih sedekad lalu, anak-anak yang membesar pada zaman itu pasti dapat mengingatinya hingga ke hari ini. Huh besar pahala penggubah lagu itu dan barisan penyanyinya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Bertemu dengan ahli kumpulan ini dan sama-sama mengalunkan lagu niat puasa itu, perkongsian hantaran selebriti, Alif Satar ini pasti membangkitkan nostalgia tiap kali menjelang Ramadan. Ada yang mengaku tiba Ramadan dan hendak memulakan niat berpuasa pasti akan terngiangkannya.

Screenshot 20220404 1615192

Menariknya dalam ruangan komen hantaran pengacara popular ini, rakan-rakan artis turut menyambut baik perkongsiannya. Antaranya pelakon, Lisa Surihani yang menyokong agar mengikut Sunnah dan penyanyi, Ning Baizura yang jujur mengakui suka mendengar lagu itu yang memudahkan dirinya mengajar anak.

Nampak.. penyanyi bersuara soprano irama pop dan R&B Ning Baizura yang pernah memenangi tempat ketiga di pertandingan Voices of Asia yang berlangsung di Kazakhstan sedekad lalu ni pun suka dengan lagu Raihan tau. Lama tak tengok Ning kan..

Screenshot 20220404 1619552

“Aku dari kecik kalau nak niat puasa, mesti kene nyanyi mcm ni masa sahur.. pasti bila dah ada anak-anak ni aku ajar pula anak2 aku baca niat camni. Sekali ajar dah ingat sbb dia lagu”, “Siapa yg baca niat puasa sambil nyanyi kita geng”, “Selalu ajar anak berlagu mcm ni, budak senang hafal”. Itu antara perkongsian n

 

Dalam pada itu tak kurang yang mengakui rindu kemunculan Raihan dan hasil buah tangan terbaharu kumpulan itu. Tak kurang yang memberikan reaksi mereka bersama Alif itu mengubat kerinduan terhadap lagu-lagu nasyid Raihan yang pernah mengundang fenomena suatu ketika dahulu.

Screenshot 20220404 1617282

Agak mencuit hati apabila ada yang memuji akan ahli kumpulan Raihan, Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim yang masih sama seperti dulu, seakan tak dimamah usia. Tapi jujur, wajah mereka bertiga masih sama hingga kini.

Ramai juga yang menyatakan penghargaan kepada Alif kerana banyak mendorong mengetengahkan perkara-perkara Sunnah yang dituntut untuk orang Islam menjalaninya. Lucunya ada pula yang bergurau jangan ada yang ingat lagu niat puasa ni, Alif juga antara penyanyinya. Macam-macam netizen ni ya.

Screenshot 20220403 0849192

Raihan ialah sebuah kumpulan nasyid di negara ini yang membawa erti haruman dari syurga. Kumpulan ini ditubuhkan bersama Farihin Abdul Fatah pada tahun 1996. Anggota asal kumpulan ini ialah Azahari Ahmad (Allahyarham; 1968-2001), Nazrey Johani, Abu Bakar, Che Amran dan Amran Ibrahim.

Kemunculan Raihan pada penghujung 90-an telah menggegarkan negara dan bermulalah industri nasyid secara komersial. Lagu-lagu seperti Puji-Pujian, Iman Mutiara dan Syukur telah membawa Raihan ke mercu populariti dan mencatatkan rekod penjualan album tertinggi di Malaysia.

Screenshot 20220404 1618082

Sumber: IG Alif Satar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!