Hiburan
“Habis otak kiri kanan berfungsi nak translate” – Netizen
Fenomena gelombang keg1laan terhadap seni nyanyian K-pop dan drama dari negara Korea oleh rakyat di negara ini yang melanda sejak beberapa tahun lalu hingga kini, tampaknya belum nampak surutnya. Tak hairanlah, stesen televisyen, radio apatah lagi pihak menggunakan platform media sosial mengambil kesempatan menghidangkan sentuhan karya dari sana. Teruja sambutan diterima, artis Korea juga menjejakkan kaki di negara ini.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Macam pasangan penyanyi duo popular di Korea yang semakin dikenali di Asia, HoonDoo, selain terkenal di negara ini, mereka juga famous di negara seberang. Hinggakan rancangan realiti TV banyak mengundang kemunculan mereka.
Tapi bukan semua mengerti berbahasa sana. Bila sudah diundang, tentu saja khidmat juru bahasa atau mereka yang mahir bercakap Korea diperlvkan. Untungnya, mereka ada kelebihan itu seperti personaliti, Muna Bella ini.
Bergelar penyampai radio lebih dua tahun lalu di stesen radio ERA dan diamanahkan ruangan Daebak yang khas untuk peminat perkembangan semasa dunia hiburan Korea termasuk belajar bahasa itu, Muna Bella nampaknya jadi insan terpilih.
Jadi ‘jurualih bahasa’ rancangan program TV lagi. Terlihat dalam hantaran dikongsikan di IG ERA yang Muna Bella mengalihkan bahasa dari Indonesia ke Korea. Nampak lancar dan membanggakan jugalah dia di pentas itu bersama HoonDoo.
Begitupun aksinya yang terlihat seakan sedang mengelap peluh ketika diminta mengalih Bahasa untuk HoonDoo itu menarik perhatian netizen hingga meluahkan pelbagai respons di ruangan komen pada hantaran berkenaan. Ramai juga yang mengusik.
“Habis otak kiri kanan semua berfungsi nak translate dari bahasa indo ke bahasa melayu ke korea”, “Mau x berpeluh , juri pun bg le pendek2 komen baru dia blh translate ”, “Tapi tetap muna powerrr”, “Paduuu ….”.
“Bagusnya bdk bella ni ya.. bljr mana dulu?”, “Terbaik munabella…Bukan senang nak translate dri indonesia ke malaysia ke korea pulak. Plus siaran langsung.. fuhh”, “Tapi masa andmesh tu komen yg korea tu terangguk angguk gak..igtkan faham da”.
Itu antara komen netizen. Rupanya tak kurang yang baru tahu kelebihan Muna Bella teruja melihat kemampuannya yang boleh berkomunikasi dan memahami bahasa Korea. Memanglah tahu… tapi kalau kena alih bahasa panjang tu…
Huh… memang boleh berpeluh jugalah dibuatnya. Mana nak alih bahasa, mana nak ingat apa yang penyanyi suara lunak yang popular dari Indonesia, Andmesh Kamaleng yang sebelum tu dah komen berjela-jela lagi. Memang terbaiklah Muna…
Sumber : IG ERA
Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen