Connect with us

Hiburan

“Eee Raysha mcm nampak baby bump laaa, comel” – Netizen

Published

on

Raysha Rizrose memulakan kerjayanya sebagai pelakon di dalam industri seni setelah beliau menjuarai pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2014/2015. Meskipun sejak memulakan kerjaya di dalam industri seni Raysha kurang berkongsi kisah peribadinya kepada para peminat, namun Raysha tidak pernah berahsia bahawa hatinya telah di miliki kerana telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pelumba kereta Formula 3 sejak 10 tahun yang lalu.

Perkenalan yang berputik daripada media sosial itu bermula sejak Raysha masih sekolah menengah. Walaupun melalui pelbagai turun naik dalam perhubungan namun kepercayaan dan saling berkomunikasi menjadi faktor utama hubungan mereka dapat bertahan.

Walaupun telah hampir sedekad menjalinkan hubungan cinta, Raysha menyatakan keinginan yang dia tetap mahu melalui proses merisik, bertunang dan akhirnya bernikah. Pelakon filem Seandainya Kau Ada itu juga memberitahu, dia dilamar Nabil pada 16 Ogos tahun lalu dan seterusnya bertunang pada 22 Disember 2022.

Pada 23 Februari 2023 yang lalu, Raysha akhirnya telah sah bergelar isteri kepada cinta hatinya iaitu seorang pelumba kereta Formula 3 yang bernama Nabil Jefri.

Meskipun hubungan berkenaan pernah terpuutus di tengah jalan selama empat bulan, namun hubungan mereka bertaut kembali sehingga berakhir di jinjang pelamin.

Baru- baru ini Raysha di dakwa sudah hamil anak pertamanya selepas lapan bulan mendirikan rumahtangga dengan Nabil Jefri.

Dakwaan pelakon tersebut hamil tersebar apabila video percutian beliau bersama ahli keluarga dan rakan terdekat telah di muatnaik ke media sosial sekaligus menampakkan bahagian perutnya yang sedikit buncit seperti ‘baby bump’

Video percutian Raysha bersama ahli keluarga itu menjadi perhatian netizen yang kagum dengan keakraban hubungan adik beradik, sepupu dan rakan terdekat mereka itu yang kebanyakkan terdiri daripada para pelakon terkenal.

@nadiyahshahab

BKK 💕

♬ What It Is (Block Boy) – Sped Up – Doechii

Menerusi perkongsian terbaru di tiktok usahawan dan pelakon Nadiyah Shahab, satu video terbaru yang memaparkan beliau, Aprena Manrose dan juga Raysha Rizrose sedang berjalan keluar daripada sebuah hotel di Bangkok sambil berbual di kongsikan buat tatapan peminat.

Nadiyah bersama beberapa lagi rakan artis termasuk lah adik beradik Raysha iaitu Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose kini sedang meluangkan masa bercuti ke Bangkok Thailand.

Selain daripada rakan pelakon daripada industri yang sama, Nadiyah Shahab merupakan sahabat baik yang sangat rapat dengan ahli keluarga Senrose.

Di dalam video yang berdurasi 21 saat itu secara kebetulannya netizen ternampak ‘baby bump’ pada bahagian perut Raysha Rizrose.

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata Netizen mula mengucapkan tahniah kepada Raysha kerana yakin pelakon utama drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin itu telah berbadan dua.

Walaupun tiada pengumuman daripada pelakon berkenaan mengenai kehamilan tersebut, namun Netizen beranggapan Raysha sememangnya berbadan dua memandangkan Raysha sendiri sering kali ‘terpegang perut’ di mana ianya sering kali di lakukan oleh para wanita yang sedang mengandung. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Sementara itu, video percutian Nadiyah dan rakan- rakannya itu dimuatnaik antara lain turut menunjukkan gelagat mereka bergembira bersama ketika melakukan trend Tiktok. Selamat bercuti buat Nadiyah dan rakan- rakan.

Sumber: tiktok nadiyahshahab

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!