Connect with us

Hiburan

“Drive lambo pon orang tak pandang2 mcm ni”- Wawa Zainal

Published

on

Pasangan pelakon dan usahawan yang romantik iaitu Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal sering menjadi inspirasi kepada pada netizen di luar sana.

Sejak PKP dua tahun lalu, pelakon ini telah mendapat gelaran presiden tiktok yang di berikan oleh netizen di sebabkan sikap gil4- gil4 dan masuk air beliau setiap kali memuatnaik konten di tiktok miliknya.

Baru- baru ini Aeril juga telah memenangi ‘Celebrity Creator of the Year’. Pelakon dan usahawan itu meluahkan rasa syukur di atas kemenangan berkenaan di Anugerah Tiktok 2023 yang pertama kali di adakan.

Selain daripada berlakon, Aeril kini juga mengusahakan perniagaan kosmetik dan produk kecantikan bersama isterinya yang juga pelakon Wawa Zainal.

Perniagaan yang di usahakan oleh pasangan pelakon ini juga kian mendapat sambutan sehingga mampu menaja sebuah program hiburan Big Stage baru baru ini.

Pasangan yang aktif di media sosial ini juga kerap berkongsi konten konten menarik buat tatapan peminat mereka. Sebagai usahawan, mereka juga menggunakan platform media sosial sepenuhnya untuk mempromosikan produk mereka.

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram Wawa Zainal, usahawan berkenaan memuatnaik satu video yang memaparkan percutian beliau bersama suami dan rakan-rakan di luar negara.

Menariknya percutian mereka ke sana apabila usahawan berkenaan menggunakan beg pakaian beroda mereka untuk bersiar- siar di sana. Wawa juga turut merakamkan reaksi masyarakat di sana terhadap penggunaan beg pakaian beroda berkenaan.

Ada segelintir yang melihat mereka dengan pandangan terkejut dan keliru dengan penggunaan beg pakaian berkenaan di atas jalan raya.

Tidak kurang juga terdapat segelintir individu di sana yang turut merakamkan gelagat Wawa bersama rakan- rakannya kerana merasa teruja melihat Wawa dan rakan- rakannya bergerak dengan beg pakaian beroda tersebut untuk bersiar- siar di atas jalan raya.

Meninjau ke ruangan komen pula, netizen mempunyai pendapat berbeza apabila merasakan masyarakat di sana tidak biasa dengan penggunaan alat bantuan bergerak seperti beg pakaian beroda tersebut. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Netizen turut berpendapat masyarakat luar negara lebih selesa untuk bergerak dengan berjalan. Berjalan kaki lebih sihat memandangkan badan yang cergas juga akan menghasilkan otak yang cergas.

Tambahan pula, masyarakat di sana juga memberikan penekanan terhadap amalan gaya hidup yang sihat.

sumber: ig wawazainal

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!