Connect with us

Hiburan

“Dia ni sihat ke tak, ermmm pakaian macam tu” – Netizen

Published

on

Erinsakura C61c4de24cb8d5e186272b7ef150cbcf

Sebut sahaja artis, mesti perkara sinonim yang sering menjadi isu mereka ialah mengenai aurat. Walaupun pada hakikatnya banyak juga orang awam yang berpakaian tidak sen0noh, namun para artis tetap menjadi ‘highlight’. Kenapa? Sebab artis ni mempunyai ramai peminat dan penonton. Ramai sahaja mata-mata yang memerhati gerak geri mereka. Makin-makin dalam zaman canggih yang serba teknologi ini, senang sahaja kelakuan artis dari segi pemakaian dapat disebarkan.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Kadang-kadang netizen menegur selebriti bukanlah atas tujuan mahu merendah-rendahkan mereka dengan niat yang jahat, namun atas dasar keprihatinan dan soal agama, ramai yang ‘suka’ untuk menegur para artis yang kadangkala tersasar dari landasan yang benar.

Erinsakura F82a11db5ea1ce7e4ad30ce363e72f7b

Seperti artis tanahair terkenal Sharifah Sakinah, walaupun sudah acap kali mendapat teguran daripada netizen, sedikitpun belum terdetik di hati Sakinah untuk memperbaiki lagi soal pemakaiannya.

Mungkin juga teguran netizen ini adakalanya sangat tajam hingga menusuk ke hati sehingga Sakinah menjadi semakin tidak peduli dengan teguran-teguran yang diberikan. Boleh jadi juga disebabkan oleh sifat Sakinah yang memang jenis terbuka, maka pakaiannya yang sering menjadi isu di mata netizen sedikitpun tidak memberi apa-apa impak dalam kehidupannya.

Erinsakura D996e24832734093fd581977a21bdf20

Menerusi video perkongsian Sakinah yang dimuatnaiknya sejak 12 jam lalu, ternyata pemakaian Sakinah semasa melakukan senaman harian sememangnya menjolok mata.

Tidak salah kalau Sakinah melakukan senaman ini tanpa memuatnaik dalam akaun Instagramnya. Namun, adalah sedikit tidak sen0n0h jika video Sakinah yang sedang bersenam dengan memakai pakaian yang sksi itu menjadi tontonan awam.

Erinsakura D4ed0b6a2d1382ec48c5bf8aafc4dd54

Walaupun niat Sakinah mengongsikan video senaman tersebut adalah baik, tetapi tindakan netizen yang langsung menegur Sakinah kerana berpakaian yang menampakkan aurat itu juga merupakan teguran yang prihatin. Ternyata ramai yang mahu agar Sakinah jangan sampai lupa hukum sebagai seorang penganut agama Islam.

Video perkongsian Sakinah ini mendapat sebanyak 11,790 sukaan dan 230 komen. Rakan artis Sakinah seperti Nad Zainal sedikitpun tidak menghiraukan penampilan Sakinah ini. Namun, para netizen yang lain banyak menegur cara pemakaian Sakinah.

Erinsakura 461a7eec3ae0c71858624aec2f3c3018

Netizen tidak akan sewenang-wenangnya menegur jika tiada kesalahan yang diperhatikan. Tetapi, dalam masa yang sama, netizen juga harus memperhatikan ajakan positif yang dikongsikan oleh Sakinah.

Kadangkala, netizen patut memerhatikan sesuatu tindakan dengan minda yang terbuka, pasti dalam tindakan yang negatif, turut terselit mesej positif. Jangan disebabkan oleh satu perkara negatif, maka segala hal positif yang lain terus tidak dipandang.

Sumber: Instagram Sakinah

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!