Connect with us

Hiburan

“Dasyat zikir masa sujud Arshan, terpelanting acik dengar” – Netizen

Published

on

World Wide24.com Df313cb56d7317fb30ff48bde828e56c

Menjadi ibu kepada dua orang cahaya mata sudah cukup membuatkan pelakon utama drama Projek Memikat Suami ini merasakan kehidupannya kini lengkap.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Emma Maembong atau nama sebenar beliau Fatimah Rohani Binti Ismail ini memutuskan untuk mengakhiri zaman bujang dengan cinta hatinya iaitu Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020, kira-kira tiga tahun yang lalu.

Di lahirkan dalam keluarga yang mempunyai adik beradik yang ramai, Emma juga mengimpikan untuk mempunyai anak yang ramai untuk membina keluarganya sendiri.

World Wide24.com B290612e3cb48f2c056f15588266d3bf

Biarpun mengakui bahawa tugas sebagai seorang ibu bukannya mudah, namun Emma menganggap anak-anak sebagai penyeri kehidupan berumah tangga.

Untuk rekod, Emma berkahwin dengan Muhammad Shazli Azhar yang merupakan seorang juruterbang. Hasil perkongsian hidup berdua, Emma dan Shazli mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel dan Shakil Aryan Shah yang lahir pada 10 Mei lalu.

World Wide24.com 8b3f94b7f1ffb37ecbf153f1897d8f53

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram Shariq Gabriel, video kanak-kanak berkenaan sedang solat bersama bapanya di muatnaik buat tatapan para peminat kanak-kanak cilik itu.

Di dalam video yang berdurasi beberapa saat itu memaparkan Shariq tidak memakai seluar dan hanya memakai baju t—shirt lengan pendek sahaja namun tetap ingin mengikuti gerak geri bapanya melakukan ibadah solat.

Walaupun Shariq mengikuti satu per satu gerak geri bapanya yang sedang solat, bahkan Shariq juga turut ‘membaca’ dalam bahasanya sendiri namun Shazli tetap tidak terganggu dengan gelagat anak sulungnya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata netizen terhibur dengan gelagat Shariq berkenaan. Apatah lagi apabila Shariq membaca ‘surah dan zikir’ yang panjang ketika solat bersama bapanya itu.

World Wide24.com Cc746444e7c3f09b340907286e2c51e7

Sementara itu, antara komen- komen lain yang di tingg4lkan netizen apabila mereka memuji Emma serta suaminya terhadap didikan agama yang pasangan itu dedahkan kepada anak ketika anak masih lagi kecik.

Pendedahan mengenai ibadah solat dan agama sewaktu Shariq masih lagi kecil mendapat perhatian daripada netizen dan netizen juga mendoakan agar Arshan membesar menjadi anak yang soleh kepada kedua orang tuanya. Berikut di kongsikan komen- komen daripada netizen.

World Wide24.com A1f16d073ac41e7875813ebf4530e033

Comel betul la Arshan ni solat sambil pakai pampers je. Walaupun tak faham lagi sebutan Arshan tu tapi bagus betul Arshan dah boleh ikut satu per satu gerak geri solat.

Semoga pendedahan mengenai solat yang ibu dan bapa Arshan terapkan sewaktu masih lagi kecil ini akan membuatkan Arshan sudah terbiasa dengan ibadah solat suatu hari nanti.

Sumber: ig shariqgabriel

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!