Hiburan
“Dah kenapa upload gambar dgn suami orang tu” – Netizen
Beberapa hari lalu terjawab sudah semua spekulasi yang tersebar mengenai berita seorang pelakon lelaki berstatus duda yang bakal mendirikan rumahtangga pada 21 Oktober ini. Pelakon tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah Fizo Omar atau nama sebenar beliau Wan Hafizol bin Wan Omar yang telah selesai melangsungkan pernikahan beliau bersama seorang wanita kelahiran Sarawak yang dikenali sebagai Fazreena.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Menurut sumber terdekat, wanita yang berjaya mencuri hati Fizo Omar tersebut bukanlah calang-calang orangnya kerana wanita berkenaan merupakan seorang bekas pramugari Qatar Airways. Tidak hairanlah kejelitaan isteri Fizo Omar itu begitu menyerlah dan menjadi bualan oleh ramai para peminat beliau.
Kongsi sumber tersebut juga, Fizo pada mulanya tidak mahu berita pernikahan beliau itu dihebahkan di sebabkan itulah, sumber berkenaan mahu pengumuman berita pernikahan itu dilakukan oleh tuan empunya badan sendiri.
Sejak tersebarnya berita pernikahan bekas penyandang tempat kedua hero remaja itu, ramai peminat yang agak terkejut kerana pelakon berkenaan cukup pandai menjaga privasi dan menyimpan rahsia sehingga ramai tidak dapat menghidu hubungan pelakon tersebut dengan wanita kelahiran Sarawak itu.
Lanjutan tersebarnya berita pernikahan pelakon berkenaan, bekas isteri Fizo sebelum ini iaitu Mawar Karim juga turut menerima tempias tumpuan para netizen yang seolah-olah mahu mendapatkan maklum balas dan reaksi Mawar terhadap kebahagiaan yang baru di bina oleh bekas suaminya itu.
Menjengah keruangan Instagram usahawan tudung tersebut, Mawar kini khabarnya sedang mengerjakan umrah di Mekah bagaimanapun memuatnaik gambar terbaru dirinya bersama pelkon Ashraf Mslim.
Lebih menarik perhatian para netizen apabila Mawar menulis caption Bahasa Arab di gambar berkenaan yang berbunyi “Ana la thlatha” yang mana membawa maksud dalam Bahasa Melayu “Saya bukan yang ketiga” . Umum mengetahui bahawa pelakon Ashraf mengamalkan poligami dalam kehidupan peribadi beliau dan sudahpun mempunyai dua orang isteri.
Berkemungkinan besar Mawar hanya secara berseloroh dan berniat bergurau menulis sedemikian menerusi caption namun caption beliau itu menerima reaksi yang agak kurang baik daripada para netizen memandangkan bekas suaminya sudahpun mendirikan rumahtangga.
Warganet yang mengaitkan caption berkenaan dengan berita pernikahan Fizo menganggap usahawan tudung Fareeda itu bakal menjadi isteri ketiga Ashraf setelah berkongsi gambar dirinya dengan Ashraf.
Melihat reaksi netizen di ruangan komen pula, caption yang ditulis beliau itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Walaupun para peminat kecewa kerana mereka tidak dapat melihat pasangan Mawar dan Fizo kembali bersama demi anak mereka Maryam
Namun para peminat menepis reaksi negatif para netizen yang berburuk sangka terhadap Mawar. Berikut dikongsikan komen para peminat, ada juga yg bertanya knp mawar upload gambar dengan suami orang, ini respon mawar.
“org xfhm dia tulis. Main hentam je.. Adoii mulut netizen sorg². Laki pmpuan sma naik.. Lahaiii. Ghisauu” – Netizen
“Ntah. Tp agak la nk ckp tu. Mntang duda da kawen lain xkn mawar up gmbr cmni trus ckp nk jd bini ke3. Lahai.. L0wer minded betul. Xde bnd nk better diam kn.. Btul x?” – Netizen
Kasihan Mawar, niat nak bergambar tapi netizen fikir yang bukan-bukan pula. Semoga Mawar dapat umrah yang mabrur dan para peminat juga mendoakan agar selepas ini giliran beliau pula dikurniakan seorang pengganti yang boleh membimbing dan menjaga beliau serta Cik Yam.
Sumber: ig mawar karim
Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen