Connect with us

Hiburan

“Dah agak dah mesti Remy letak nama yg unik dan klasik”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 2956c149545a771ce36beff2953cb0ce

Pelakon popular Remy Ishak dan isterinya Ezza Yusof telahpun selamat bergelar ibu bapa setelah menimang cahaya mata sulung seorang bayi lelaki pada 27 Julai yang lalu.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Berita mengenai kelahiran anak pelakon lelaki tersebut mendapat liputan meluas media memandangkan ramai peminat yang menantikan kelahiran bayi tersebut kerana sudah tidak sabar untuk menatap wajah Remy Junior.

Ezza juga sebelum ini pernah berkongsi gambar terbaru anak lelakinya yang kini sudahpun berusia dua minggu namun belum menunjukkan wajah anaknya itu lagi

World Wide24.com 610a3eea745f5919dc1d00f7e269093a

Kongsi Ezza lagi, setiap hari anaknya tidak henti henti menerima pelbagai kiriman hadiah daripada para peminat buat cahaya mata sulungnya itu.

Ezza juga merakamkan ucapan terima kasih buat para peminat yang tidak jemu untuk memberikan anak lelakinya itu pelbagai hadiah.

Ezza juga mendoakan agar para peminat di murahkan rezeki di atas pemberian hadiah berkenaan. Walaupun sudah berusia beberapa minggu, para peminat masih lagi ternanti nantikan pengumuman nama cahaya mata sulung pasangan berkenaan.

World Wide24.com 52cc157be9323587cab330fa338a70d2

Kini setelah tiga minggu pasangan berkenaan menimang cahaya mata, Remy akhirnya bersedia untuk mengumumkan nama putera sulungnya itu kepada umum.

Remy atau nama sebenar beliau Mohamaad Zalimei Ishak bersama isterinya iaitu Ezza Yusof sepakat memilih nama Tuah Alam buat anak pertama mereka itu.

Pendedahan berkenaan di buat oleh Remy menerusi episode terbaru Oh Baby Remy yang di siarkan di Astro Gempak.

Remy memilih nama klasik itu kerana sejak dahulu lagi beliau sememangnya mengimpikan untuk menamakan anak lelakinya nama yang penuh unsur kemelayuan.

Apa yang membuatkan beliau lebih teruja adalah apabila nama yang di pilih olehnya itu iaitu Tuah Alam tu juga turut di persetujui oleh isteri beliau Ezza Yusuf.

World Wide24.com 15044edf5404c31ece60dfa4ffbe2f75

Sebelum memilih nama Tuah Alam, Remy juga berkata beliau dan isteri turut mempertimbangkan nama nama lain seperti Tuah Arjuna dan Tuah Alexander. Namun akhirnya mengenepikan nama berkenaan kerana merasa tidak serasi.

Hero Malaya itu juga berkata dalam memilih nama anaknya itu, beliau juga tidak menolak untuk memberikan nama Arab seperti kebanyakkan orang ramai namun selepas berfikir panjang, nama melayu tetap menjadi pilihan hatinya.

World Wide24.com 05cc76ec1f66aff99bc505b8efa38a88

Menjengah ke ruangan komen, nama yang di pilih oleh Remy itu sebenarnya sudah pun boleh di jangka oleh para peminat beliau.

Para peminat berkata, sesuai dengan personaliti Remy yang tebal dengan sifat kemelayuan sudah pasti nama yang di pilih oleh pelakon berkenaan juga menggambarkan unsur melayu.

Tekaan peminat tidak salah setelah pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu mendedahkan nama anaknya itu kepada umum. Berikut di kongsikan pula komen komen yang di tulis oleh netizen di ruangan komen hantaran berkenaan.

World Wide24.com 73290950a1609dac220f8a33d2ceca14

Sebagai rekod, Remy dan isterinya Ezza Yusof telah mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta. Hubungan pasangan ini juga pernah dilanda dugaan apabila pertunangan mereka berdua terpuutus di tengah jalan.

Namun begitu dugaan yang di hadapi pasangan ini mematangkan hubungan mereka berdua sebelum akhirnya kedua duanya menamatkan hubungan berkenaan di jinjang pelamin 2 tahun yang lalu.

sumber: ig remyishak

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!