Connect with us

Hiburan

“Che Ta meletops walau miming tak berapa kena” – Netizen

Published

on

World Wide24.com A9fd7e7ec69d7bfff252d14d29517e4d

Kalau dah biasa segak bergaya dan vass sentiasa, pergi ke mana-mana pun begitu jualah dia. Berbusana ala material baju hujan serba merah metalik dari hujung kaki hingga ke hujung kepala selain bertopi, jika tak bergaya sakan dan ‘meletop’ bukanlah Rozita Che Wan atau Che Ta namanya. Di kala orang lain tampak biasa-biasa, Che Ta ranggi habis.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Terpukau banyak mata dibuatnya termasuk netizen yang melihat perkongsiannya di medsos yang menunjukkan dirinya turut menghadiri konsert Ratu Rock Malaysia, Ella di stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.

World Wide24.com 1521e509615fbed90598be58d559ce4f

Dalam kemeriahan konsert itu, agak mencuit hati pula apabila Che Ta yang bergaya sedemikian rupa, orang lain yang melihatnya pula berasa ‘panas’, apabila membandingkannya dengan orang lain di situ.

Mana taknya, lazimnya kalau orang ‘biasa-biasa’ nak ke konsert apatah lagi di stadium akan turut berbusana biasa-biasa, tapi lain pula dengan Che Ta. Vogue tetap vouge… tiada siapa boleh lawan.

World Wide24.com 2ea9e387dab8ea6278344830c2058320

“X panas ke sis? Baju tu haha”, “Xpanas ka che ta pakai mcm tu”, “Letup konsert ampa semalam”, “Hujan ke kat stadium smlm?”, “Kalau hujan pasti che ta xkebasahan.”, “Tak hangat ka pki lagu tu?”. “Chetaaaa paling on semalam”.

“Meletup devooom Che Ta ozitachewan1 oqang Kedah memang seygak”, “ Amboii baju…meriahh warna…merah Che Ta”, “ak panas ke”, “Baju kalis hujan ka Che Ta”, “che taaa meletopsss walau miming x berapa kena tetap meletop hahahahah”.

World Wide24.com 6324897bdd34681b22bdc162864e1506

Itu antara komen netizen. Yang pasti walaupun terlihat macam baju hujan, baju dikenakan Che Ta tetap gah hingga ramai pula yang mengusik macam Che Ta pulak punya konsert nak-nak apabila dia bersemangat mengikut nyanyian Ella.

Walapun lipsync ada kalanya tak sama dengan Ella, terbukti semangatnya yang turut bersorak dan menyanyi bersama penyanyi lagenda itu menunjukkan bahawa Che Ta juga peminat tegar Ella. Datang support lagi…

World Wide24.com 2634e28dd0d90fde81db07119a20cc7c

 

Apa pun tak kurang juga yang mengusik nakal, mengatakan diri mereka bertuah, datang nak tengok konsert Ella, dapat jumpa Che Ta sekali.

Kalau tak bukan senang nak tengok Che Ta nak ‘turun’ tempat biasa-biasa ni kan….

World Wide24.com E59fe9c7e2ffdf7ea7c8f494fd284a51

Sumber : IG Che Ta

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!