Hiburan
“Bila Talita pakai tudung sebijik arwh ibunya”- Netizen
Tarikh 23 Jun yang lalu telah menjadi saksi penyatuan dua hati antara pelawak dan usahawan Bublebee Shuib bersama cinta hati beliau yang juga merupakan seorang usahawan iaitu Watie. Majlis perkahwinan pasangan itu mempunyai beberapa peristiwa menarik sepanjang majlis tersebut berlangsung. Antaranya adalah masalah terputuus bekalan elektrik sebanyak lima kali sepanjang majlis berlangsung.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Salah seorang anak Shuib iaitu anak perempuannya juga di lihat turut menangis selepas bapanya selamat di ijab kabul dengan Watie. Hati anak perempuan sangat sensitif. Apatah lagi menjadi anak yang sangat manja bersama bapanya.
Meskipun di awal hubungan Shuib dan Watie menerima k3caman daripada netizen namun hubungan pasangan ini tetap bertahan sehingga ke jinjang pelamin. Sikap penyayang Watie terhadap anak- anak Shuib meyakinkan duda anak empat itu untuk memperisterikan wanita berkenaan.
Watie juga pandai mengambil hati anak-anak Shuib dan beliau juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan anak-anak Shuib.
Anak sulung Shuib iaitu Uwais berkata mummy barunya itu Watie atau nama sebenar beliau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah juga merupakan seorang yang cepat terhibur, gemar ketawa dan sangat lemah lembut dalam melayani kerenah mereka.
Oleh itu tidak hairanlah kehadiran Watie dalam kehidupan mereka di sambut baik oleh anak-anak Shuib sendiri. Uwais juga gemar mengusik mummynya itu memandangkan Watie gemar ketawa.
Satu perkongsian terbaru di Instagram arw4h Siti Sarah memaparkan video satu-satunya anak perempuan arw4h iaitu Dzahira Talita Zahra tampil bertudung telahpun di kongsikan.
Di dalam video tersebut, anak perempuan Shuib dan arw4h Siti Sarah yang mesra di panggil Dekta itu memakai tudung berwarna hitam dan merakamkan video tersebut di dalam kereta.
Muka Dekta yang baru sahaja berusia sembilan tahun itu kelihatan sangat manis apabila tersenyum dan kanak-kanak tersebut juga sangat mirip wajah arw4h ibunya setelah tampil bertudung.
Kapsyen di video tersebut turut menjelaskan bahawa Dekta menyarung Shawl Leia yang merupakan salah satu jenama tudung di bawah syarikat milik keluarganya dan memakai tudung tersebut tanpa bantuan sesiapa.
Mengintai keruangan komen pula, netizen memuji wajah manis Dekta setelah memakai tudung. Netizen berkata wajah Dekta saling tidak tumpah seperti mana arw4h Siti Sarah setelah memakai tudung dan wajah manis Dekta itu juga mengingatkan netizen terhadap penyanyi berkenaan.
Kerinduan para peminat tidak pernah hil4ng terhadap pelantun lagu Kesetiaan itu. Selain mendoakan arw4h Siti Sarah, netizen juga turut mendoakan agar Dekta menjadi seorang anak yang solehah dan berbakti kepada bapa serta keluarganya setelah dewasa kelak. Berikut di kongsikan komen komen netizen.
Sekadar info Shuib berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup berdua pasangan tersebut dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq M4tin dan Ayash Affan.
Sumber: ig sitisarahraissudin
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen