Connect with us

Hiburan

“Bengkoknya tapak kaki, tak s4kit ke” – Netizen

Published

on

Susah juga jadi orang cantik ya… kemana saja kaki melangkah semuanya jadi perhatian. Bukan saja ‘dikejar’ oleh netizen di medsos, sampai bekerja di luar pun wanita ini pastinya menancap pandangan. Berambut panjang ikal bewarna merah, tinggi dan bertubuh langsing, padanlah gaya selebriti, Amelia Henderson ini sentiasa menggamit pandangan. Cantik lawa sungguh orangnya…

Macam dalam hantaran dikongsikan Amelia ini, stunning habis gayanya berbusana pendek berwarna cerah, diranggikan pula dengan kasut but hitam jenis highcut sampai ke paras lutut.

Dah macam-macam gelaran ‘kesamaan’ pula diberikan oleh netizen apabila melihat dirinya bergaya begitu. Ya lah… sekali pandang dah macam her0in ilem animasi, ada yang lihat Amelia macam selebriti luar negara dan macam-macam lagi.

“Anime hidup”, “Nohhhh taylor swift malaysia ke niiii”, “Ingtkn orang jepun tdi”, “Red hair QUEEN… Stunning”, “OMG GURL U LOOK LIKE BARBIEEE”, “Malaysiannnn Ava Max”, “Like aquaman girlfriend”, “Those boots”.

Itu antara komen netizen. Ya… selain pelbagai gelaran disamakan dan diberikan kepadanya dek ketrampilannya itu, but kasut dipakai Amelia juga yang paling mencvri perhatian netizen.

Apa tidaknya, walaupun tampak cantik dan premium, namun begitu ketinggian kasutnya itu yang agak di luar kebiasaan menimbulkan kerisauan netizen. Kalau dilihat ada benarnya, sampai bengkok begitu sekali kaki Amelia.

Risau dengan keadaannya itu, ada juga netizen prihatin bertanyakan sama ada Amelia tak merasa s4kit memakai kasut sedemikian. Bukan setakat tampak s4kit, kalau tak hati-hati boleh tersungkur juga dibuatnya.

Begitupun pertanyaan itu tak dijawab pula olehnya. Apa nak dihairan, sudah tentu Amelia dah biasa kerana bukan baharu setahun dua dia berada di pentas peragaan.

Ya tak kurang juga ‘risau’ dengan keadaan busananya yang luas di bahagian hadapan sebegitu. Namun sebagai model sudah tentu Amelia bijak memilih apa yang boleh diperagakan.

Jangan tak tau, Ibu Amelia seorang doktor gigi berketurunan India dan Sri Lanka bernama Jaya Rudralingam, manakala bapanya seorang arkitekyangjg berketurunan Scotland bernama Graham Henderson. Amelia, 27, mula terlibat model iklan sejak usianya, setahun.

Sumber : IG Amelia Henderson

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!