Hiburan
“Bape kali buat idung” – Netizen
Lumrahlah kehidupan bila sudah menjadi artis, setiap apa yang kita post dan pertontonkan kepada orang ramai pasti akan mendapat bermacam-macam komen mahupun kritikan. Kata orang jadi artis mudah saja, tetapi tiada siapa yang tahu bagaimana mereka-mereka ini mempersiapkan ment4l dan fizikal bagi menghadapi netizen yang mudah melontarkan apa sahaja yang terlintas di fikiran.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Antara artis yang sering mendapat kontroversi, Lana Nodin anak kelahiran negeri Sarawak ini akhirnya membuka mulut apabila membaca salah satu komen pada video yang dikongsikan di laman Instagramnya.
Lana telah berkahwin dengan seorang mat salleh yang berasal dari Amerika Syarikat iaitu David Mckenzie. Sempat menghabiskan masa selama bertahun lamanya di negara kelahiran suami tersayang, Lana akhirnya memutuskan untuk pulang ke tanah air tercinta dan tetap meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Hasil perkahwinannya bersama warganegara Amerika Syarikat ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang tak kalah cantik dan kacak seperti ibu bapa mereka. Nama istimewa William Daud Mckenzie dan Gia Quinn Mckenzie telah dipilih oleh pasangan ini buat sepasang cahaya mata mereka.
Video yang dimuatnaik olehnya baru-baru ini telah mendapat kritikan negatif dari salah seorang netizen yang mempersoalkan tentang hidungnya itu. Soalan netizen yang bertanyakan tentang berapa kali Lana telah memancungkan hidungnya itu ternyata tidak disenangi oleh Lana sendiri.
Masih tidak ramai yang tahu bahawa Lana Nodin dahulunya pernah menjelaskan mengenai bentuk hidungnya yang mancung memang hasil dari pembed4han. Namun, pembed4han tersebut dilakukan kerana hiduung Lana pernah p4tah sebelum ini sewaktu zaman persekolahannya dahulu akibat terlibat dengan kem4langan.
Walaupun begitu, masih ada peminat Lana yang tetap menyokongnya kerana sudah mengetahui keperibadian Lana yang baik dalam melayani keluarga dan seorang yang sangat keibuan. Ramai juga diantara netizen yang memuji kecantikan wajah Lana yang dikatakan sesuai dengan gaya rambutnya yang sekarang.
Sebelum kita meningg4lkan apa-apa komen negatif lebih-lebih lagi komen yang merendahkan, bukankah lebih baik jika kita ambil tahu dahulu situasi yang pernah menimpa seseorang itu. Hebat Lana Nodin, walaupun s4kit hati masih sempat nak layan komen-komen dari hatersnya itu.
Sumber: Instagram Lana Nodin
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen