Connect with us

Hiburan

“Awak buatkan hijrah nampak sgt mudah Zizi, subhanallah so inspiring” – Netizen

Published

on

Pernah dikenali sebagai seorang artis yang berimej sksi, siapa sangka beliau kini telah mentransformasikan dirinya 360 darjah. Jika bagi sesetengah orang, melakukan perubahan menjadi insan mslimah bertutup litup dan lebih banyak mendekatiNya tampak banyak pancarobanya, namun begitu ia kelihatan tidak sesukar mana buat penyanyi bersuara husky popular dengan nama Zizi Kirana ini.

Juga bergelar pelakon,  isteri kepada aktor, Yusof Bahrin ini nampaknya kian rancak di mana-mana memperlihatkan dirinya dengan imej sedemikian. Sejuk mata memandang dibuatnya.

Dalam posting ‘bersemut’ beliau dan Yusof yang terbaharu di IG nya ramai yang bersetuju bahawa gaya terkini pelantun terkenal dengan genre rap dan lagu-lagu dangdut itu terlihat sangat mudah untuk dibawanya. Gamaknya ia juga dek dokongan suami tercinta.

Jika sebelum ini baju tidak berlengan, menampakkan betis dan kaki disarung ke tubuh, kini Zizi selesa mengenakan tudung labuh, pakaian-pakaian longgar dan menutup aurat. Yang pasti, ramai wanita di luar sana terinspirasi dengan gaya baharu beliau ini.

Biarpun demikian, Zizi dengan nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, berusia 36 tahun dilahirkan di Semporna, Sabah ini tetap kelihatan bergaya dan funky dengan imej baharu bersahajanya itu. Jadi siapa kata berhijab dan berbusana menutup aurat tak nampak ‘in’ kan?

Pernah mengembangkan kerjaya sebagai seorang ahli kumpulan The Fabulous Cats (TFC) yang memperjuangkan muzik hip hop diketuai oleh bintang hip hip terkenal, Cat Farish, nampaknya beliau masih sinonim dengan imej seumpamanya tetapi kini lebih Islamik.

Mencari informasi latar belakang beliau di maya, padanlah perubahan imejnya kini dilihat tidak sesukar mana seperti dipersetujui dalam komen netizen. Zizi di sebalik karektornya yang sksi, menggoda dan daring sebelum ini pernah bergelar ustazah apabila mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran di kampung halamannya di Sipitang, Sabah.

Tidak hairanlah jua dengan perubahan keraktor wanita popular dengan lagu ‘Eh’ ini apabila suaminya Yusof, 29, juga mencuri tumpuan apabila perlahan-lahan berubah imej setelah menyertai kumpulan tabligh sejak kebelakangan ini.

Happy je bila jumpa pasangan sehati dan sejiwa seperti mereka ini kan??? Yang bagusnya sama-sama hendak berhijrah dan melakukan perubahan ke arah lebih baik. Sama-sama kita doakan bukan sahaja mereka, sebaliknya kita juga sentiasa istiqomah dan berubah kepada kebaikan.

Jika membaca kapsyen dalam hantaran Zizi hari ini dengan foto posing mereka berdua ini, tampak sangat bahagia pasangan yang baharu bernikah September lalu ini.

Menariknya hantaran Zizi lazimnya turut dibalas oleh suaminya yang sama-sama menyatakan rasa cinta hatinya pada isterinya itu. Agaknya berkat hijrahlah yang lebih mendekatkan dua hati satu jiwa ini kan. So suwittt…

Sumber : Ig Zizi Kirana

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!