Connect with us

Hiburan

“Abislah dia cari pasal dgn DCW, ingat pg sana mkn free ke” – Netizen

Published

on

Erinsakura A646d18136ea34a90b3126113df72acc

Memilih profession dalam industri servis ini bukanlah perkara yang mudah. Antara industri servis adalah pengurusan makanan dan minuman atau servis FnB. Servis FnB ini memerluukan daya kekuatan mntal dalam melayani kerenah pelanggan atau klien kita. Bukanlah perkara yang senang untuk memuaskan hati ramai pihak terutama sekali dalam bab kualiti makanan dan minuman yang disediakan.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Kita sudah mengenali chef selebriti terkenal iaitu Dato’ Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Dato’ Chef Wan yang punyai sifat yang tegas dalam menegakkan pendirian beliau dalam sesuatu perkara.

Erinsakura 327c94ac7d36cc1483f89b9f17ca1ddd

Walaupun beliau sering dihimpit pelbagai kntr0versi yang mengaitkan dengan keluarga beliau, beliau tidak menjadikan perkara itu sebagai satu asbab untuk menjtuhkan beliau dalam industri servis makanan dan minuman.

Beliau juga seorang yang sangat menitikberatkan tentang kualiti makanan dan servis yang diberikan dalam industri FnB memandangkan beliau adalah antara orang yang sangat berpengaaruh dalam industri ini.

Erinsakura Ff50c23aea846db6acf5c08e0f547d53

Baru-baru ini beliau ada memaklumkan beliau berada di Istanbul bersama rakan niaga beliau atas urusan bisnes. Sambil itu beliau dan rakan naiga sempat melawati dan mencuba makanan di sebuah restoran terkenal di sana bernama Nusr.Et.

Beliau mengongsikan pengalaman kurang baik beliau disana di dalam kapsyen beliau. Beliau berkata beliau dan rakan niaga beliau sekeluarga mendapat layanan kurang baik dari pekerja di restoran tersebut. Namun, Chef Wan tidak membiarkan beliau dan rakan niaga beliau dilayan seperti itu dan menegur tindakan pekerja itu adalah sangat b1adap dan tidak profesional.

Setelah beberapa ketika Chef Wan cuba untuk menegakkan kebenaran, akhirnya pihak restoran meminta maaf dan menukarkan staf lain untuk melayani Chef Wan dan rakan niaga beliau.

Sambung beliau dalam sebuah lagi kongsian ig beliau, beliau mengatakan tidak pernah dalam sejarah beliau merasakan layanan restoran ‘dine-in’ yang paling terruuk seperti restoran tersebut. Beliau tambah bahawa menjadi seorang pelayan restoran perlu belajar untuk bersopan dan sabar.

Netizen juga sangat menyokong dan setuju dengan tindakan Dato’ Chef Wan yang menegur sal4h pelayan restoran tersebut. Ada yang berkata beliau sangat berani dan pelayan restoran itu ‘silap langkah’ mencari pasal dengan Dato Chef Wan.

Erinsakura A39b82eada291935ee7ab5e666b21a79

Sebagai seorang yang melakukan servis tak kira servis dalam industri apa pun, khidmat pelanggan harus menjadi keutamaan. Khidmat pelanggan inilah yang menentukan imej sesebuah servis itu bagus atau pun tidak.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!