Connect with us

Hiburan

“Atok kata Ya Allah ni muka mami kau kecik2 hahaha” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 918a78ab3b336853973799b76948478e

Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan untuk mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah serta mampu berbakti kepada keluarga mahupun masyarakat. Buat pelakon Zahirah Mc Wilson, sejak melahirkan anak lelaki sulungnya Isaac Raees, nama beliau agak tenggelam dan sangat jarang muncul di kaca televisyen apatah lagi dengan kemunculan para pelakon baru yang muncul bagaikan cendawan saat ini untuk mewarnai dunia lakonan tanah air.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Bagaimanapun setelah hampir dua tahun memperlahankan kerjaya seninya untuk memberikan fokus membesarkan anak, ramai peminat yang sudah mula merindui lakonan Zahirah.

Kini, Zahirah kembali aktif berlakon semula dan juga di lantik menjadi duta pelbagai produk serta wakil kepada jenama antarabangsa. Wajah Zahirah yang komersial juga kerap di pilih menjadi duta produk berjenama.

World Wide24.com 3350fc09cbb0123e9b9713511c930e8b

Meskipun sibuk memenuhi undangan untuk menghadiri majlis di luar negara namun Zahirah tetap memberikan keutamaan kepada anak sulungnya apabila berkongsi beberapa video bersama buah hatinya itu buat tatapan para peminat.

Zahirah berkata beliau kini sedang fokus untuk membina kembali kerjaya seninya namun begitu beliau tidak menolak sekiranya beliau dan suami di kurniakan rezeki cahaya mata kedua dalam masa terdekat.

World Wide24.com F585f679af8d6173a51d22c421b3e10c

Ibu Zahirah kini menetap di Australia dan Zahirah juga kerap berulang ke sana untuk membawa pulang cucu kesayangan ibunya itu bagi melepaskan rindu. Baru baru ini, Zahirah pulang ke Australia untuk meluangkan masa bersama ibu dan keluarganya yang berada di sana.

Perjalanan Zahirah untuk menemui ibunya itu turut di kongsikan di Instagram peminat dan detik ibu Zahirah iaitu Maslinda bertemu dengan Isaac yang sedang di dukung oleh Zahirah ketika itu juga membuatkan para peminat sebak kerana dapat melihat kerinduan seorang nenek dapat melepaskan rindu terhadap cucu kesayangannya.

World Wide24.com 9dfd061cdf362c9a4073ed68aa25ac32

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Maslinda Yusuf yang merupakan ibu kepada Zahirah, beliau berkongsikan satu video yang memaparkan gelagat cucunya Isaac ketika bersama beliau dan suami di sebuah taman.

Ketika Maslinda sedang merakamkan video kenangan bersama cucunya itu, Isaac kemudiannya membuat pelbagai reaksi muka bersama neneknya.

Menariknya Isaac kemudiannya berkata “tak cantik” kepada nenek dan atoknya itu kerana tidak menyukai reaksi muka yang di lakukannya.

Respon Isaac itu membuatkan atok dan neneknya tertawa kerana tidak menyangka Isaac akan berkata sedemikian. Atok Isaac juga turut merasa geram dengan kecomelan reaksi wajah cucunya itu.

Mengintai ke ruangan komen pula, rata rata netizen juga merasa geram dengan kecomelan Isaac sehingga berulang kali memainkan kembali video rakaman yang memaparkan muka Isaac berkenaan.

Netizen juga berkata gelagat Isaac menunjukkan reaksi muka sedemikian pastinya mirip sekali kelakuan ibunya sendiri kewaktu kecil.

World Wide24.com Da096f858413a5c75da2d6616fa4c964

Sebelum ini, perkongsian Zahirah dan Aiman mengenai kehidupan bersama anak sulung mereka itu sentiasa menarik perhatian netizen yang tertarik dengan kecomelan wajah Isaac Raees yang memiliki lesung pipit di pipinya.

Rakaman video tersebut juga menerima sehingga 9246 tanda suka dan hampir 99 komen daripada para netizen yang tidak boleh ‘move on’ dengan gelagat kanak kanak comel berkenaan. Berikut di kongsikan komen komen yang di tulis oleh netizen.

World Wide24.com 01e69bc7d215f5e35b9e7bc1e91a1806

Gembira betul ibu Zahirah dapat bertemu dan melepaskan rindu terhadap cucu kesayangan. Isaac pun petah betul bercakap dan fasih bercakap bahasa melayu dengan nenek. Spontan betul Isaac cakap tak cantik masa nenek tengah rekod video Isaac.

Sumber: ig maslindayusoff

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!