Connect with us

Hiburan

“Anak mama suka buat mata mama masuk cili” – Elly Mazlein

Published

on

Erinsakura 9d17a37ec1cf9a4cd83fd83d936302f9

Siapa yang tidak kasihkan anak. Sesuatu kebaikan dilakukannya pasti akan menyentuh jiwa dan sanubari terutama golongan Hawa yang telah melahirkan, mendidik dan membesarkan si anak itu. Memang padanlah terbit ungkapan, ‘sejuk perut ibu mengandung’. Masakan tidak… bayangkan tatkala melihat tingkah anak yang disayangi menyenangkan hati, memang tak terungkap suatu makna ‘sentuhan’ dibuatnya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Apatah lagi jika anak itu baharu hendak mengenal dunia. Andai kata pada umur sedemikian sudah tahu erti empati, ibu bapa patut menarik nafas lega. Sikap itulah yang wajar dipupuk sejak kecil kerana ia kemahiran asas dalam kehidupan insan, selain hanya mementingkan pencapaian akademik.

Erinsakura 70a7f9d197609b05bba17d2d0e98142a

Barangkali itulah yang sudahpun dimulakan oleh penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein. Muat naik tentang dirinya yang ‘dimanjakan’ oleh anaknya buat hati kita yang melihat pun boleh tersentuh. Bertuahnya Elly atau mesra digelar Kak Lina Pom Pom ini.

Memang agak jarang menunjukkan gambar buah hatinya di medsos, dalam video di Instagram yang dikongsikan oleh isteri kepada Mohamad Azlan Che Nuh itu hari ini terlihat si kecilnya sedang membelai ala spa kaki beliau dalam sebuah besen. Nampak sedikit berisi kakinya dalam air yang bercampur buih itu.

Erinsakura 92c5b59783bb77642feda1c7eab727a2

Apa yang menarik perhatian netizen adalah dialog suara Elly dan anak kecil yang kedengaran sangat comel dan touching. “Tq sayang.. (Elly) u’r welcome.. (Sefhia) I love u baby.. (Elly) I love u too (Sefhia),” antara dialog ditutur mereka.

Antara kapsyen di status Elly pula berbunyi: “Anak mama suka buat mata mama masuk cili.” Cerita Elly, beliau memberitahu anaknya itu bahawa kakinya saakit .. lalu ‘Spa’ pun dibuka oleh Manja Sara Sefhia (anak sulungnya, Putri Sara Sefhia Azmi yang kini berusia 5 tahun). Comel kan?

Erinsakura Ca29453306868087411070a3ddce9961

Ha kau… kalau orang lain guna istilah ‘mata masuk habuk’ bagi menggambarkan sesuatu yang menyentuh hati… yang Kak Lina Pom Pom kita ni terus mata masuk cili. Hadoi kak.. kau memang kelakar. Moga terus berbahagia bersama keluarga dan suami tersayang.

Ramai netizen yang memberi komen tersentuh dengan perkongsian Sefhia dan ibunya ini. Betapa polos dan comelnya anak kecil ini. Tidak kurang yang mendoakan supaya Sefhia membesar menjadi anak yang solehah. Jom kita aamiin kan…

Erinsakura 9090bcb98926d59c06a8b3b88bf4db62

Difahamkan Elly sudah hamil anak kedua yang mana berita itu dikongsikannya beberapa bulan lalu. Namun tinjauan penulis di ig nya itu belum terjumpa lagi beliau ada memaklumkan sama ada sudah selamat melahirkan atau belum.

Perkara itu juga antara yang ditanya oleh netizen di ruangan komen dalam status ‘spa’ dimuat naiknya itu. Apa pun didoakan semoga selamat semuanya buat Elly, suami dan Sefhia dalam menyambut orang baru.

Update terkini, Elly Mazlein selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Haider Mateen bin Mohammad Azlan. Menerusi laman instagramnya, beliau memberitahu keadaanya bersama baby haider dlm keadaan sihat. Semoga baby haider menjadi anak yang soleh. Amin

Sumber : Ig Elly Mazlein

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!