Connect with us

Hiburan

“Ala suami dia xde situ berani la diorg main tarik2, tgu suami dia dtg aiyoo”- Netizen

Published

on

Bagi Je Beli.. Nnti Blh Bonceng Kat Belakang.... Best Ooo Ride Sama2 Netizen 2

Kalau dah namanya pelakon hebat, berilah watak apa pun semuanya menjadi dan terkesan kepada kita-kita yang menonton ni. Sebut sahaja dua nama insan ini, ramai yang sudah tahu bagaimana pembawakan mereka ketika diberikan sesuatu tugas. Kerap belanja aksinya ketika melakonkan watak dalam karya terbaharu akhir-akhir ini, nampaknya ramai yang sudah memberikan reaksi terhadap Nabila Huda yang berlakon di samping Ellie Suriaty.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Jika sebelum ini pasal berkemban, dalam aksi terbaharu dikongsi Nabila di Ig nya kali ini pula kelihatan lebih mengujakan apabila terlihat wataknya dan Ellie masih ‘berbusana’ sama dalam suasana sedang riuh-rendah.

Nh5

Kelihatan dua pemuda sedang memegang Nabila yang sedang berlakon dengan watak meronta-ronta cuba melepaskan diri tetapi tetap dipegang, sementara Ellie ditolak hingga tergolek dan hendak dip1jak seorang lelaki.

Huhhh… dasyatttt…. Biarpun perkongsian ringkas oleh Nabila, pasti terkesima seketika sesiapa yang menontonnya. Dalam pada itu, beberapa rakan artis turut memberikan komen tentang lakonannya.

Nh4

Antara yang mencoret balas di hantaran Nabila itu ialah pelakon, Zamarul Hisyam: ‘Superb.. you are talented adikku.. buat yg the best the booomm utk this filem ya’.

Antara komen netizen pula: ‘Acting is reacting and its so powerful Kudos’, ‘saya rindukan tenaga & aura itu.’ , ‘Teaser sikit pun dah meremang bulu romaa..’

Banyak-banyak komen, antara yang paling banyak ‘like’ ialah apabila seorang netizen yang memberikan respons bahawa pelakon lelaki yang memegang mereka jadi berani disebabkan tiadanya suami Ellie dan Nabila di situ. Itu tak dapat pula dipastikan ya…

Nh6

Yang pastinya ramai tercuit hati juga membaca komen itu… Tak ya juga ya… agak-agak kalau somi-somi mereka ada di situ, jejaka-jejaka berkenaan berani tak nak buat berlakon sampai macam tu..?? Adeh.. macam-macam netizen ni ya..

Yang pasti Ellie dan Nabila sememangnya pelakon professional. Tahulah mereka dan suami handle.. ya dak.. Lagipun suami Ellie iaitu Azri Iskandar juga seorang actor. Sudah tentulah dia memahami tugas isterinya itu.

WhatsApp Image 2022 02 03 At 15.10.47

Tapi.. nak kata lakonan mereka memang giler real sampaikan salah seorang pelakon, Shahidan Izwan pun terkena sabit di hidung dan dahinya semasa lakonan babak bersama Ellie. Begitupun Ellie telah meminta maaf kerana ia tak disengajakan. Sepenuh jiwa tu berlakonnya kan…

Difahamkan filem lakonan mereka ini bergenre mistik dan seram manakala barisan pelakon dan pengarahnya adalah mereka yang otai-otai. Semoga dipermudahkan urusan semua yang terlibat dalam melahirkan karya-karya yang bermutu.

Nh7

Sumber : Nabila Huda

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!