Hiburan
“Hampir semua pengacara WHI tak reti buat kerja dapur. Apoooo lah” – Netizen
Wanita hari ini bukan setakat berdepan cabaran fizikal tetapi jua spiritual. Ya lah bukan senang hendak bekerja di zaman serba serbi mencabar, apatah lagi terpaksa ‘meredah’ jalan raya yang sibuk untuk ke tempat kerja setiap hari. Mntal juga diuji apabila berada di era teknologi. Pendek kata perlu serba serbi bijak dan tahu menyesuaikan diri.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Namun kata orang, biarpun berada di zaman moden, ‘kewajipan’ sebagai seorang wanita yang dititikberatkan sejak dahulu hingga kini dikatakan tak harus diabaikan.
Ini termasuklah perihal wanita ketika di dapur yang dikatakan sedikit sebanyak perlu tahu ilmu berkaitan. Tak hairanlah apabila ada rancangan untuk golongan itu, Wanita Hari Ini ada segmdn berkaitan.
Ironinya walaupun mengetengahkan ilmu untuk wanita, tular apabila ada pengacaranya baru-baru ini didakwa tak pndai menyiang ikan ketika dalam siaran langsung.
Tak cukup itu, terbaharu ‘kantoi’ juga apabila pengacaranya tak tahu menggiling cili. Dek itu, ramai netizen membuat kesimpulan ramai pengacara wanita program itu tak tahu membuat kerja dapur.
@whitv3malaysia_official
“Hampir semua pengacara WHI tak tahu buat kerja dapur. Apoooo lah”, “Da nama host tv, pndai pun kena buat2 x pndai. Yg dok kutuk diorang ni pndai sgt ke?”.
“Kesian tgk Sugee ngan Fatin.. tp klako”, “Kalau tak ada pengacara yg kelakar mcm depa nie.. org tak tgk WHI”, “Si sugee smpi xnmpk bnda yg digiling”, “Sbb tu tajuk progrm tu wanita hari ini”.
Itu antara kata netizen. Dalam pada meng3cam, tak kurang juga optimis dengan menyokong wanita yang tak tahu menggiling kerana sekarang bukan ‘zaman mereka’.
Paling mudah cadang mereka agar gunakan saja mesin pengasir. Agak mencuit hati apabila sampai mengelap peluh jugalah si pengacara dibuatnya. Sudahnya cili ‘terlekat’ di dahi. Adeh..
Apa pun sudah pasti memasak cara tradisional lebih terasa sentim3ntal apabila ada ‘air tangan’. Ramai yang kata, rasanya pun lebih sedap. Apa pun jangan k3cam yang tak tahu menggiling. Pilihan masing-masing kan…
Sumber: TikTok whitv3 malaysia
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen