Connect with us

Hiburan

“Laki aku 28 tapi tula dapat janda, ehh kau pun sama” – Shiera Ijoy

Published

on

World Wide24.com 0b22849c880f863abe6c083eefee1054

Sharifah Shahira binti Syed Abu B4kar Al-Khaired merupakan seorang pelakon dan penyampai radio. Sharifah Shahira lebih mesra di panggil Shiera mendirikan rumah tangga buat kali kedua setelah beliau dan suaminya Ijoy Azahari berkenalan ketika mereka berdua berlakon bersama menerusi drama Mat Despatch. Ijoy Azahari merupakan anak sulung kepada pelakon Datin Maria Arshad.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Sebagai info, Datin Maria Arshad atau nama sebenar beliau Kamariah binti Arshad itu merupakan seorang pelakon era 80 an dan seangkatan dengan pelakon seperti Noor Kumalasari, Rubiah Suparman dan Raja Noor Baizura.

World Wide24.com Fcc176c40bf81374684390fe139b677e

Ijoy dan Shiera mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2003. Drama Mat Despatch yang pernah popular suatu ketika dulu menjadi saksi percintaan mereka terjalin.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Airel, Airra, Audra dan Adeena. Shiera juga mempunyai seorang lagi anak, Allisya bersama bekas suami iaitu Jatt (Black Dog Bone).

World Wide24.com 59a014657b804a897df7db632698885e

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram astrogempak, satu video temubual dalam program Borak Dulu Baru Kamu antara selebriti media sosial Ubai dan juga Sheira telah di kongsikan.

Sebagai promosi bagi program temubual musim kedua ‘Borak Dulu Baru Kamu’ , Sheira di jemput sebagai tetamu undangan bagi program tersebut. Di dalam temubual berkenaan Sheira bercerita mengenai perit getir perjalanan beliau untuk bermula dalam bidang seni.

Ubai kemudiannya memberikan cabaran kepada Sheira untuk ‘membebel’ memandangkan Sheira di kenali sebagai seorang yang sangat peramah dan sangat suka bercakap. Menggunakan telefon bimbit, Ubai menetapkan masa selama 2 minit untuk memberikan peluang kepada Sheira untuk bercakap.

Masa yang di tetapkan selama 2 minit itu seolah tidak mencukupi di berikan kepada Sheira untuk bercakap. Reaksi wajah Ubai menjadi perhatian netizen yang terhibur kerana kelihatan seolah-olah menyesal apabila memberikan peluang kepada Sheira untuk bercakap.

World Wide24.com D95286c28323c139fa9f45b883db1bcb

Pelbagai topik yang di sembangkan oleh Sheira. Pada awalnya Sheira bertanyakan usia Ubai dan bertanya khabar mengenai isterinya iaitu penyanyi Shila Amzah. Kemudiannya Sheira bercerita mengenai perkahwinannya bersama suami Ijoy.

Menurut Sheira, Ijoy mendirikan rumahtangga bersama beliau pada usia 28 tahun. Pada ketika itu Sheira merupakan seorang wanita yang telahpun memegang status j4nda.

World Wide24.com 6af1a404dabd8ac494e163786e952277

Tidak lama selepas itu, Sheira baru tersedar bahawa Ubai juga memilih untuk menamatkan zaman bujangnya baru- baru ini dengan wanita yang juga berstatus j4nda iaitu Shila Amzah.  Kata- kata Sheira itu menjadi sorotan dan menerima pelbagai reaksi netizen.

Mengintai ke ruangan komen pula, rata- rata netizen terhibur dengan kata- kata Sheira yang gemar bersembang itu. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

World Wide24.com Adaf77a3f92a25ad7943ca12f8d64de6

Kelakar betul la Sheira ni. Memang kalau bercakap tak boleh berhenti di buatnya. Terkejut Ubai bila Sheira cakap macam tu. Tapi betul kata Sheira, dah jodoh kan.

Sumber: ig astrogempak

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!