Hiburan
“Sama umur ke, confuse siapa pengantin sbb mcm sebaya”- Netizen
Menjadi seorang ibu merupakan saat yang paling membahagiakan buat seorang wanita. Detik yang paling menggembirakan bagi ibu ayah pula apabila anak-anak berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Pejam celik, pelakon Sari Yanti baru- baru ini meluahkan rasa penuh kesyukuran apabila anak sulungnya Barr Al-Aliy telah berjaya meraih anugerah kecemerlangan akademik di sekolahnya.
Pelakon sketsa Jenaka Kampung Kalut itu juga turut berkongsikan foto beliau di samping anak lelakinya itu yang lengkap berpakaian akademik iaitu jubah dan mortarboard di media sosial.
Sebagai info, Barr Al-Aliy merupakan anak sulung Sari Yanti bersama bekas suaminya Mohd Edy Casmadi Che Hussin. Selain Barr, pelakon jelita itu juga memiliki seorang lagi cahaya mata lelaki hasil daripada perkahwinan pertamanya iaitu Baasit Al-Haq.
Selain Barr dan Baasit, Sari Yanti mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pelawak, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin pada 25 Februari 2017. Hasil perkongsian hidup berdua, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.
Mempunyai tubuh badan kecil molek sering memberikan kelebihan buat pelakon beranak lima ini apabila wajahnya sentiasa kelihatan muda dan tidak di makan usia. Malahan kecomelan dan kecantikan pelakon Kisah Kaisara itu juga mendapat pujian ramai netizen.
Beberapa gambar yang di muatnaik oleh pelakon itu sebelum ini bersama anak- anak juga di puji oleh netizen kerana beliau ibarat ‘kanak’ dan ‘adik’ apabila berkongsi foto bersama anak- anak.
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Sariyanti, pelakon berkenaan memuatnaik gambar beliau bersama seorang anak buah perempuan yang baru sahaja berkahwin. Menurut Sari, anak buah tersebut merupakan anak buahnya yang pertama melangkah kaki ke alam perkahwinan.
Gambar kenangan bersama anak buahnya bernama Miesha itu di kongsikan di Instagramnya sebagai kenangan Sari bersama anak buahnya itu di hari bahagia. Sari juga turut mendoakan Miesha menjalani kehidupan berumahtangga dengan bahagia sampai syurga.
Menjengah ke ruangan komen pula, netizen turut memberikan ucapan selamat pengantin baru buat anak buah Sari itu. Ada juga netizen berkata wajah anak buah Sari itu mirip penyanyi Ernie Zakri.
Melihat daripada gambar yang di kongsikan oleh Sari itu pula, netizen berkata Sari tetap kekal berseri seperti pengantin baru walaupun sudah mempunyai lima orang anak.
Wajah awet muda Sari itu membuatkan netizen juga keliru kerana Sari dan anak buahnya itu kelihatan seperti sebaya. Berikut di kongsikan komen- komen netizen terhadap hantaran Sari itu.
Sari Yanti dan Jep merupakan antara pasangan artis yang begitu di sukai oleh para peminat kerana sikap mereka berdua yang sentiasa merendah diri dengan para peminat.
Pasangan ini juga jarang terpalit dengan kontroversi malah sikap mereka yang jarang berkongsikan hal peribadi kepada umum membuatkan mereka sentiasa di senangi oleh peminat.
Sumber: ig sariyanti
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen