Connect with us

Hiburan

“Suami kita plk mmg sejenis asal nk keluar mst tanya, you tak makeup sikit ke”- Watie

Published

on

World Wide24.com C07969b5e875b54853ea11471741a951

Di awal perkenalan pasangan Shuib dan Watie di landa dugaan dan ujian yang cukup besar namun mereka berdua berjaya mengharungi dugaan tersebut dan berakhir di jinjang pelamin.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Netizen juga memuji kesabaran dan ketabahan Watie dalam mengharungi situasi berkenaan. Kini ramai yang sudah mula membuka mata terhadap sikap sebenar Watie dan mengapa Watie di pilih oleh Shuib untuk menjadi isterinya.

Netizen juga berkata mereka berdua cukup sepadan kerana saling melengkapi antara satu sama lain. Watie juga banyak berkrban kerana sudi menerima pasangan yang mempunyai anak serta menerima tempias populariti Shuib apabila perlu berhadapan dengan media kerana kehidupan Shuib sebagai seorang yang di kenali ramai.

World Wide24.com Ec97052c1c54aac1de2c670f9045436b

Netizen menyifatkan Watie sebagai seorang wanita yang kuat kerana di dalam situasi mencabar beliau masih lagi bertahan dan mampu menghadapi dugaan di mana beliau sendiri perlu menguruskan emosi diri, pasangan serta Netizen yang cukup kuat mengkritik beliau dan Shuib ketika di awal perkenalan dahulu.

Sementara itu, perkongsian terbaru di Instagram Shuib memaparkan usahawan berkenaan bersama isteri dan anak-anak yang lain kini sedang bercuti di Sabah.

Walaubagaimanapun Shuib tidak membawa bersama anak bongsunya Ayyash Affan berkemungkinan besar kerana anak bongsunya itu masih lagi kecil.

World Wide24.com A66069c79a45aba5019315fc2ab8d497

Menerusi satu hantaran terbaru Watie di Instagram, isteri Shuib itu memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang bersolek. Dedah Watie di bahagian kapsyen video itu lagi, beliau dan keluarga merancang untuk keluar memancing namun begitu, suaminya meminta dirinya untuk bersolek.

Kongsi Watie lagi, Shuib seorang suami yang amat menitik beratkan penampilan isteri walaupun hanya keluar untuk minum air Teh Tarik.

Oleh itu buat para pengikut yang sering bertanya kepadanya mengenai solekan yang di pakai, Watie berkata dirinya perlu akur dengan permintaan suaminya itu.

Watie juga turut mengambil peluang untuk mempromosikan alat solekan yang di gunakan beliau ketika sesi solekan di dalam video berkenaan demi memudahkan para pengikut instagramnya untuk membeli dan membuat rujukan.

Mengintai keruangan komen pula, para pengikut setia akaun Instagram arw4h Siti Sarah turut memberitahu bahawa dulu arw4h Siti Sarah juga pernah berkongsi perkara berkenaan dengan para pengikut di Instagram.

World Wide24.com 2deb46616551ec8c4672432007907995

Kongsi para pengikut lagi, arw4h suka berceloteh sambil memasak dan memberitahu mereka bahawa Shuib merupakan suami yang menitik beratkan penampilan isterinya dan akan meminta isterinya bersolek dahulu sekiranya ingin membawa isteri serta anak- anak keluar ke mana- mana.

Perkongsian video tersebut juga mengundang pujian para netizen terhadap Watie kerana sudi berkongsi cara solekan bersama para pengikut.

Netizen juga memuji Watie yang menggunakan alat solekan keluaran tempatan dan memuji wajah isteri Shuib itu yang cantik dan tampil lebih menyerlah setelah mengenakan solekan. Berikut di kongsikan komen netizen.

World Wide24.com 15f426926009afda64bc9dfb661b097d

Netizen juga mendoakan supaya Watie terus kuat menjadi tulang belakang kepada Shuib serta tidak putuus asa dengan apa jua komen negatif netizen demi menyokong suaminya itu.

Netizen juga mendoakan agar kebahagiaan pasangan suami isteri itu yang baru sahaja di bina terus berkekalan sampai bila bila.

Sumber: ig iamwatie

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!